KUALA LUMPUR: Tanggungjawab kini terletak pada anda, rakyat Malaysia!
Demikian kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengulas kebenaran rentas negeri diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad.
Menurut Khairy, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan pelbagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes yang mendadak.
BACA: Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeri
BACA: COVID-19: 7,373 kes baharu, tunjuk trend menurun
Begitupun, tegasnya, beliau berharap rakyat Malaysia memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya kenaikan kes tidak lagi berlaku.
“Kita minta kepada rakyat Malaysia, tanggungjawab kini adalah atas anda. Jika anda benar-benar hargai apa yang petugas barisan hadapan lakukan sejak lebih setahun lepas, anda perlu memberikan sokongan kuat kepada mereka.
“Anda akan pastikan kawalan kendiri, anda akan pastikan sentiasa memantau status kesihatan anda supaya kenaikan kes tidak lagi berlaku.
“Senang untuk katakan terima kasih barisan hadapan tapi kalau anda tidak patuh SOP dan melakukan perkara yang risikonya tinggi, ungkapan terima kasih anda hanya ungkapan semata-mata. Sekarang ia terpulang kepada anda,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Doktor Malaysia anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pada Ahad.
Begitupun, Khairy mengakui dengan pengumuman terbaharu itu, timbul rasa bimbang terutamanya jika muncul gelombang baharu COVID-19 di Malaysia.
“Saya ingin tekankan bahawa walaupun rentas negeri dibenarkan, kita harus sentiasa mematuhi kepada semua langkah-langkah kesihatan awam.
“Bahkan kita perlu terus amalkan SOP dengan lebih ketat, dengan lebih meluas juga dan kita harus pastikan kita mengingatkan orang lain juga untuk mematuhi SOP,” ujarnya.
Tambahnya, pengumuman Perdana Menteri adalah satu bentuk penghargaan kepada barisan hadapan selain diumumkan pada hari tepat, sama hari dengan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Hari Doktor Malaysia.
Ridauddin Daud
Sun Oct 10 2021
Khairy mengakui dengan pengumuman terbaharu itu, timbul rasa bimbang terutamanya jika muncul gelombang baharu COVID-19 di Malaysia. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.