SHAH ALAM: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menganggarkan tempahan bilik hotel di beberapa lokasi meningkat sehingga 40 peratus terutamanya pada hujung minggu ini susulan aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula Isnin lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yap Lip Seng berkata, lokasi terbabit adalah Pulau Pinang; Port Dickson, Negeri Sembilan; Ipoh, Perak dan Pulau Langkawi, Kedah.
Menurutnya, sebelum pembukaan rentas negeri, kadar tempahan bilik hotel sekitar 25 hingga 30 peratus.
"Selepas pengumuman rentas negeri, beberapa destinasi telah menerima peningkatan tempahan hotel terutamanya pada hujung minggu, antaranya termasuklah Pulau Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Ipoh, Perak; dan Pulau Langkawi; Kedah yang telah menjadi destinasi terpilih sejak pembukaan gelembung pelancongan.
"Bagaimanapun, kemungkinan besar ini kesan sementara sahaja yang disebabkan oleh permintaan mendadak terpendam (pent-up demand) dan tertumpu kepada hujung minggu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Tambah beliau, dengan perkembangan positif ini, diharap ia berupaya memulihkan industri hotel yang terjejas teruk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia termasuk Malaysia tahun lalu.
Dalam pada itu, Lip Seng berkata, industri pelancongan dan hotel masih memerlukan pasaran antarabangsa untuk proses pemulihan yang lebih lancar.
Ini kerana katanya, kebergantungan kepada pasaran domestik semata-mata belum mencukupi.
"Industri pelancongan dan hotel masih memerlukan pasaran antarabangsa kerana kemampuan berbelanja domestik sangat rendah.
"Jadi, kami masih menunggu pembukaan semula sempadan negara untuk ketibaan pelancong antarabangsa," katanya.
Pada 10 Oktober, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan rentas negeri dibenar bermula 11 Oktober.
Kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus.
Bagaimanapun, Ismail Sabri menegaskan kebenaran itu tidak terpakai kepada lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 17 2021
Tempahan bilik hotel di beberapa lokasi meningkat sehingga 40 peratus selepas pengumuman rentas negeri. -Gambar hiasan
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Rentas negeri: Tempahan hotel meningkat 40 peratus - MAH
Menurutnya, sebelum pembukaan rentas negeri, kadar tempahan bilik hotel sekitar 25 hingga 30 peratus.
Industri pelancongan pulih lebih awal, rakyat patuh SOP antara faktor - Nancy
Antara faktor utama kejayaan itu adalah Malaysia mempunyai rakyat yang benar-benar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan.