KUALA LUMPUR: Replika baju bendera Malaysia terpanjang pernah dipakai oleh Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, kini boleh dilihat secara dekat di pusat membeli-belah Fahrenheit88 di sini, dipamerkan untuk tatapan orang ramai sempena Bulan Kebangsaan.
Replika baju ikonik itu ditempatkan di pameran 'Warisan Sudir: Tribute Kepada Penghibur No 1 Asia', yang berlangsung di tingkat dua pusat beli-belah itu.
Pengarah Bahagian Arkib Negarawan Arkib Negara Malaysia, Hanizah Jonoh berkata, replika baju berukuran 120 meter panjang itu pernah dipakai penyanyi berkenaan semasa membuat persembahan di Majlis Penutupan Sukan SEA ke-15 pada 31 Ogos 1989 di Stadium Merdeka.
"Baju asal (bendera Malaysia terpanjang) berada dalam simpanan Arkib Negara namun dalam keadaan kurang sesuai untuk dibawa dan dipamerkan kepada umum buat masa ini.
"Jadi pihak Fahrenheit88 membuat satu replika dengan saiz dan material serupa bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat baju ikonik ini secara dekat," katanya kepada Bernama pada majlis perasmian pameran itu di sini hari ini.
Pameran itu dirasmikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut berkenan melawat lebih 60 koleksi peribadi penghibur berbakat itu.
Antara koleksi lain dipamerkan adalah beberapa baju sebenar yang pernah dipakai ketika membuat persembahan, baju songket semasa sesi fotografi, topi, tanjak serta kulit album.
Hanizah berkata, menerusi pameran berkenaan, penyanyi tersohor itu dapat diangkat sebagai ikon patriotik negara memandangkan beliau terbukti mempunyai jiwa patriotisme tinggi yang sering dizahirkan ketika membuat persembahan.
Selain itu, katanya, pameran itu juga diharap dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan Allahyarham dalam kalangan peminat dan generasi muda serta memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
Pameran julung kali itu diadakan bermula Jumaat lepas hingga 30 September ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bergambar bersama ahli keluarga terdekat Allahyarham Sudirman selepas melawat ruang pameran khas Warisan Sudir di Galeri Sudirman Fahrenheit88 Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - Gambar BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
Ernie Zakri, Hazama, Liza Aziz bergabung untuk Konsert Tribute Sudirman Bersama MPO
MPO meneruskan keraian ulang tahun ke-25 pada tahun ini dengan satu konsert penghargaan untuk bintang lagenda tanahair, Sudirman pada Sabtu, 16 September 2023 jam 8.30 malam.
Replika baju Jalur Gemilang terpanjang Sudirman dipamerkan sempena Bulan Kebangsaan
Replika baju bendera Malaysia terpanjang pernah dipakai oleh Sudirman kini boleh dilihat di pusat membeli-belah Fahrenheit88, Kuala Lumpur.
Mengenang Sudirman: "Ambil peluang, belajar dari 'tulang belakang' kejayaan arwah" - Atai
Sudirman bukan sekadar memberi hiburan, tetapi juga mengingatkan kita kepada Malaysia pada zaman dahulu yang bersatu dan hidup harmoni.
Mengenang Sudirman: Perlu ada penghargaan lebih besar untuk Allahyarham - Habsah Hassan
Tanpa bentuk penghargaan yang betul, Habsah berkata, ia akan menjadi satu kerugian besar untuk generasi akan datang.
Mengenang Sudirman: "Di Malaysia sudah ramai Datuk, wajarkah hanya gelaran itu untuk Allahyarham?" - Saodah
Gelaran Datuk dan sebatang jalan dengan nama Allahyarham, tidak cukup untuk menghargai bakat dan semangat yang dimiliki Allahyarham.
Sudirman penyanyi yang amat menghargai peminatnya - Bekas pengurus
Arwah juga menandatangani 10,000 hingga 15,000 kad raya khas buat peminatnya.
Google mengenang hari kelahiran Sudirman dengan 'Doodle'
Ilustrasi tersebut memaparkan Sudirman sedang membuat persembahan di atas pentas.
"Terima kasih kerana mengingati Sudirman" - Atai
Sebagai orang yang pernah rapat dan membesar dalam lingkaran dunia hiburan, bagaimana agaknya perasaan Atai apabila melihat peminat, rakan-rakan dan wartawan masih lagi mengenang bapa saudaranya itu?
Tubuhkan sekolah kesenian Sudirman Haji Arshad - Aznil Nawawi
Datuk Aznil Nawawi berkata, kisah kejayaan yang dicapai Allahyarham Sudirman harus juga diketengahkan falsafah akademik dan jangan melihatnya dari aspek hiburan semata-mata.
"Bukan mudah menulis mengenai Sudirman" - Saodah Ismail
Saodah Ismail meletakkan garis pemisah antara hubungan karib dengan tuntutan kerjaya sepanjang mengenali penghibur tersohor negara, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.