awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Sudirman: "Ambil peluang, belajar dari 'tulang belakang' kejayaan arwah" - Atai

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
22/02/2022
10:58 MYT
Mengenang Sudirman: "Ambil peluang, belajar dari 'tulang belakang' kejayaan arwah" - Atai
Menurut Atai, Allahyarham Sudirman bukan sekadar memberi hiburan, tetapi juga mengingatkan kita kepada Malaysia pada zaman dahulu yang bersatu dan hidup harmoni. - Gambar Twitter/ Atai_Sudirman
KUALA LUMPUR: Mengenang legasi peninggalan penghibur hebat negara, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad tidak hanya terhad pada menghargai hasil karyanya.
Sebaliknya, kata anak saudara Allahyarham, Razman Azrai, semua pihak perlu belajar daripada mereka yang berada di sekeliling kerjaya seni Sudirman ketika hayat beliau.
"Allahyarham (Sudirman) sudah 30 tahun meninggalkan kita, tetapi mereka yang bekerja dengan beliau dahulu masih ada seperti Fauzi Marzuki, Manan Ngah dan Datuk Habsah Hassan. Ini antara individu yang membantu membawa Sudirman ke tahap di mana beliau semasa hidupnya.
"Mungkin kita boleh ambil pengajaran, ambil peluang untuk belajar daripada mereka," katanya dalam temu bual bersama Buletin AWANI hari ini.
Dia yang mesra disapa Atai menambah, Allahyarham Sudirman yang mesra disapanya sebagai Cokman bukan sekadar memberi hiburan, tetapi juga mengingatkan kita kepada Malaysia pada zaman dahulu yang bersatu dan hidup harmoni.
Menjadi individu paling akrab dengan Sudirman semasa hayatnya, Atai menyifatkan kenangan persembahan Allahyarham di Royal Albert Hall, London, sebagai antara memori paling indah dalam hidupnya.
"Saya ada bersama di London ketika itu. Sebelum persembahan pun, saya melihat bagaimana beliau komited dengan persiapan, sehinggalah akhirnya beliau membawa pulang kejayaan," katanya mengimbas kenangan kemenangan Sudirman dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di Asian Popular Music Awards pada tahun 1989.
Atai juga sempat mengungkapkan penghargaan kepada mereka yang memperingati pemergian Sudirman, termasuklah pemimpin-pemimpin negara seperti Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Annuar Musa.
"Terima kasih kerana masih mengenang Allahyarham, masih meminati dan menyayangi beliau. Saya terharu.
"Allahyarham selalu pesan, bekerjalah dengan ikhlas, sentiasa beri yang terbaik bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga masyarakat," ujarnya.
Sudirman menghembuskan nafas terakhir di rumah kakaknya di Bangsar, pada 22 Februari 1992, akibat radang paru-paru.
Mengenang Sudirman | 30 tahun pemergian Sudirman
Topic Berkaitan
#Sudirman Haji Arshad
#Razman Azrai
#penghibur
#Atai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan