awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Republik Czech mahu perkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia

Bernama
Bernama
03/03/2017
14:28 MYT
Republik Czech mahu perkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia
HYKL: Republik Czech mahu mengembangkan lagi hubungan dua halanya dengan Malaysia, terutamanya dalam bidang ekonomi, industri dan budaya. - fotoBERNAMA
Republik Czech mahu mengembangkan lagi hubungan dua halanya dengan Malaysia, terutamanya dalam bidang ekonomi, industri dan budaya, kata Dutanya ke Malaysia, Rudolf Hykl.
Beliau berkata kedua-dua negara boleh bekerjasama dalam industri tokokan nilai tinggi serta bertukar-tukar teknologi dan pengalaman.
Hykl memberi contoh penggunaan teknologi hijau dalam pengurusan sisa dan rawatan air, serta pembangunan produk atau sistem tenaga boleh baharu sebagai bidang utama kerjasama.
"Kerjasama itu juga akan menumpukan kepada pendidikan dan penyelidikan, kerana pertukaran pengetahuan dan kepakaran boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
"Pada masa yang sama, ia membantu meningkatkan pembangunan negara dan merangsang kerjasama lebih erat (antara kedua-dua negara)," katanya kepada Bernama News Channel dalam satu temu bual di Wisma Bernama, di sini, hari ini.
Hykl berkata Republik Czech juga berminat bekerjasama dalam penyelidikan dan pendidikan dalam bidang teknologi bioperubatan, teknologi hijau, komunikasi info, tenaga dan peralatan perubatan.
"Saya membawa beberapa naib canselor daripada universiti (Republik Czech). Mereka melawat Malaysia dari Pulau Pinang hinggalah ke UTM (Universiti Teknologi Malaysia) di Johor Bahru berusaha untuk memulakan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan," katanya.
Menurut, banyak syarikat pertahanan Republik Czech akan menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 yang akan datang.
Beliau yakin penyertaan itu akan membuka laluan bagi Republik Czech untuk membina hubungan kukuh antara kedua-dua negara dalam pembuatan atau jualan peralatan berkaitan pertahanan.
Bagi menggalakkan hubungan antara rakyat, beliau berkata cara yang paling asas adalah mewujudkan suasana persefahaman menerusi kesedaran budaya.
"Bagi menjadikan ini satu kenyataan, satu acara kebudayaan dan seni akan diadakan di Malaysia sebagai pengenalan kepada Republik Czech," katanya.
Hykl berkata Czech Republic Film Festival akan diadakan di sini dari 9-12 Mac bagi membolehkan rakyat Malaysia mengetahui dengan lebih mendalam tentang "negara kami, cara kami berfikir dan cara kami menonjolkan diri kami."
Republik Czech ialah negara daratan di Eropah Tengah yang bersempadan dengan Jerman di bahagian barat, Austria di selatan, Slovakia di timur dan Poland di timur laut.
Republik itu yang menggunakan sistem berparlimen mempunyai penduduk seramai 10.5 juta orang dan ibu kotanya Prague merupakan kota kelima paling ramai dilawati di Eropah selepas London, Paris, Istanbul dan Rom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Czech
#Rudolf Hykl
#UTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan