awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja - Zulkifli

Bernama
Bernama
24/02/2021
08:47 MYT
Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja - Zulkifli
Resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-118 berhubung fahaman 'Ibu Yati' telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-118 berhubung fahaman 'Ibu Yati' telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifili Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata resolusi itu dihasilkan selepas mesyuarat mendengar pembentangan laporan mengenai fahaman terbabit oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 17 Feb lalu.
"Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada JAIS selaku pihak berkuasa agama negeri atas kerjasama yang utuh dalam memelihara akidah umat Islam.
BACA: [EKSKLUSIF] Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan - Dr Maza
"Kerajaan persekutuan dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri sentiasa berganding bahu dalam memastikan isu-isu membabitkan penyelewengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat diatasi dengan sebaiknya," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi beliau hari ini.
Menurutnya hantaran itu dimuat naik bagi memberi sedikit perkembangan berhubung fahaman terbabit untuk makluman masyarakat, khususnya yang beragama Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ibu Yati
#Jabatan Agama Islam Selangor
#JAIS
#Majlis Raja-Raja
#fahaman Islam
#Umat Islam
#Facebook
#Ahli Sunnah Wal Jamaah
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan