KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata satu pertemuan dengan mufti di seluruh negara dan pakar undang-undang bagi memuktamadkan resolusi berkaitan isu kalimah Allah akan diadakan esok.
Menerusi perkongsian di portal al-Bayan, Zulkifli berkata cadangan pertemuan bersama mufti itu dibuat selepas perbincangan bersama Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Penasihat Undang-Undang Jakim, Jumaat lalu.
Portal al-Bayan adalah portal yang dibangunkan oleh pejabat Zulkifli yang menggabungkan 13 agensi di bawahnya untuk menyalurkan maklumat berkenaan hal ehwal agama Islam di Malaysia.
Menurut Zulkifli lagi, pertemuan tersebut antara lain bagi mendapatkan kesepakatan mufti dan pakar undang-undang kerana tindakan segera yang teratur dan berprinsip perlu memandangkan isu itu melibatkan aspek teknikal.
"Berhubung isu akidah, apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak 2008 sudah jelas," katanya.
Sementara itu dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya, Zulkifli berkata pandangan dan buah fikiran pimpinan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga akan diambil kira dalam Munaqasyah Khas itu esok.
Katanya, kerajaan sentiasa melihat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai rakan kerja strategik dalam apa jua lapangan.
"Sinergi yang berkesan insya-Allah akan membawa banyak manfaat kepada rakyat Malaysia," katanya yang turut berkongsi lawatan beliau ke ibu pejabat Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) untuk bertukar-tukar pandangan dan mencari titik persefahaman antara kerajaan dan NGO Islam.
Pada 10 Mac, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.
Dalam keputusan itu, tiga perkataan Arab yang lain iaitu Baitullah, Kaabah dan solat turut dibenarkan untuk digunakan.
Hari ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut melalui notis rayuan yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021
Zulkifli berkata cadangan pertemuan bersama mufti itu dibuat selepas perbincangan bersama Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Penasihat Undang-Undang Jakim, Jumaat lalu. - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Stoking tertera kalimah Allah: Dua syarikat termasuk KK Mart didakwa esok
Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd serta pengarah-pengarah syarikat berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Stoking tertera kalimah Allah: Polis terima 178 laporan di seluruh negara
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM turut menerima 30 laporan mengenai ketidakpuasan hati terhadap hantaran melalui Facebook mengenai isu sama.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.
Resolusi isu kalimah Allah dimuktamadkan esok - Zulkifli
Zulkifli berkata cadangan pertemuan bersama mufti itu dibuat selepas perbincangan bersama Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Penasihat Undang-Undang Jakim, Jumaat lalu.
Kerajaan fail rayuan keputusan kes kalimah 'Allah'
Notis rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Tiada halangan guna kalimah Allah untuk agama lain di Sarawak - Adenan
Tan Sri Dr Adenan Satem juga memberi jaminan masyarakat bukan Islam di negeri berkenaan juga bebas mengamalkan agama masing-masing.
Kronologi kes gereja Roman Katolik guna kalimah 'Allah'
Kronologi kes Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia majalah The Herald.
Guan Eng pertahan pendirian bukan Islam boleh guna kalimah Allah
Guan Eng mempertahankan pendiriannya bahawa penganut agama lain boleh menggunakan kalimah Allah di negeri itu dan menegaskan Enakmen Agama Islam Negeri tidak boleh dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.
Mufti Pulau Pinang mahu jumpa Ketua Menteri bincang isu kalimah Allah
Pertemuan itu diharap dapat membangkitkan tentang keperluan mengelak menyentuh isu-isu sensitif terutamanya yang melibatkan agama.