CHERATING Bay Resort pada masa dahulu merupakan antara resort terbaik dan salah satu resort termurah di Cherating. Tempat penginapan yang menajdi pilihan sesiapa saja yang datang bercuti di Kuantan.
Mungkin ramai yang tidak tahu, semakin hari nama resort ini makin lenyap dari sebutan pengunjungnya.
Akhirnya terbiar begitu saja, boleh dikatakan terbiar ditutupi semak samun dengan struktur unit penginapan rosak.
Kini, resort yang cukup dikenali satu waktu dahulu telah berubah menjadi pondok pengajian agama warga emas.
“Saya bukan orang yang arif dalam agama, malah saya juga pernah lalai, tetapi saya ingin kembali ke jalan Allah dan bersyukur diberikan hidayah," kata Ramli Nordin, 73, pemilik Cherating Bay Resort, sebuah resort bernilai hampir RM19 juta yang terbiar usang di Cherating.
Kini, sebahagian resort yang mempunyai 164 unit apartment itu dijadikan pondok agama khusus untuk golongan warga emas dikenali sebagai Pondok Warga Emas At-Tahwil yang diuruskan sejak tahun 2021.
Ramli berkata, resort yang diusahakannya lebih 20 tahun lalu itu akhirnya ‘gulung tikar’ pada 2018 disebabkan kegawatan ekonomi dan pertukaran polisi kerajaan.
“Sejak itu, resort ini terbiar sehingga menjadi semak samun, jadi apabila saya datang ke sini, saya mahu buat sesuatu supaya tempat ini boleh digunakan semula.
“Saya berbincang dengan keluarga dan rakan, jadi timbul idea untuk menjadikan sebahagian resort ini sebagai pondok agama untuk warga emas,” katanya.
Ramli berkata, dengan bantuan pelbagai pihak, pondok warga emas terbabit dapat dibangunkan, malah sudah beroperasi, selain dapat membina sebuah surau baharu bagi kegunaan penghuni pondok hasil sumbangan orang ramai.
“Impian saya supaya pondok ini dapat dibangunkan dengan sempurna, seterusnya menjadi pusat dakwah dan penyebaran maklumat mengenai Islam terutama kepada pelancong asing.
“Namun usaha itu terbantut kerana kami tidak mempunyai cukup dana untuk menampung kos baik pulih unit apartment yang rosak dengan anggaran kos sebanyak RM5,000 hingga RM6,000 seunit,” katanya.
Sementara itu, Penyelaras Pondok At-Tahwil, Fatimah Awang Lah, 75, berkata pondok ini mula beroperasi pada Oktober 2021 dan kini mempunyai 12 penghuni termasuk ibu tunggal serta dua pasangan suami isteri.
“Selepas perbincangan dengan pemilik resort dan beberapa pihak lain, kami bersama-sama berusaha membangunkan pondok ini menerusi Pertubuhan Amal At-Tahwil.
“Pada peringkat awal, hanya tiga penghuni yang tinggal di pondok ini, namun kini kami sudah membaik pulih 10 unit apartment untuk kegunaan pondok.
“Terdapat 26 unit lagi perlu diperbaiki, namun usaha itu terbantut kerana tidak mempunyai dana mencukupi,” katanya ketika ditemui, di sini.
Fatimah berkata, aktiviti harian dilakukan di sini termasuk solat berjemaah setiap waktu, kuliah subuh setiap hari, kelas mengaji al-Quran, bacaan hadis dan kuliah untuk tiga kali seminggu.
Beliau berkata, pihaknya juga mempunyai perancangan mahu menjadikan pondok ini sebagai perintis konsep pelancongan ibadah berikutan lokasinya terletak di kawasan pelancongan popular di negeri ini.
"Kami bercadang membaik pulih beberapa unit apartment untuk dijadikan 'homestay' khusus untuk pengunjung yang mahu datang bercuti sambil beribadah atau ahli keluarga penghuni yang datang menziarah.
“Sebagai contoh mereka datang sebuah keluarga termasuk ibu dan ayah, jadi ibu dan ayah mereka boleh mengikuti pakej kursus agama yang kami sediakan, manakala ahli keluarga lain boleh berlibur di sekitar Cherating,” katanya. - Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Sun Jan 15 2023
Resort yang cukup dikenali satu waktu dahulu telah berubah menjadi pondok pengajian agama warga emas. (Gambar kecil: Fatimah Awang Lah, Ramli Nordin). - Mingguan Wanita
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
Tujuh maut, termasuk kanak-kanak serangan di sebuah resort
Polis menemui mayat tiga wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di premis berkenaan.
Resort bernilai RM19 juta kini jadi pondok agama warga emas
Resort yang cukup dikenali satu waktu dahulu telah berubah menjadi pondok pengajian agama warga emas.
Felda urus resort milik TM
Perkembangan tersebut sekali gus meluaskan lagi pegangan Felda dalam industri perhotelan di negara ini.
Tangan kanak-kanak tersangkut paip PVC ketika mandi kolam
Mangsa dipercayai memasukkan tangan ke dalam paip sepanjang satu meter itu.
Pharrell Williams bakal buka resort mewah di Bahamas dikenali 'Somewhere Else'
Penyanyi rap dan mogul industri muzik itu akan bekerjasama dengan David Grutman, iaitu usahawan terkenal di Miami.
Ibu, anak lelaki 4 tahun ditemui lemas di kolam renang
Mangsa, Leong Choy Kee, 34, bersama anak lelakinya, Ng Ho Jun, 4, ditemui di dasar kolam oleh pengunjung lain yang ingin menggunakan kemudahan rekreasi itu, kira-kira jam 1.45 petang.
Bencana: 3 diselamatkan, 1 masih hilang akibat kepala air di Gunung Jerai
Tiga lelaki selamat manakala seorang lagi masih gagal dikesan selepas terperangkap dalam kejadian fenomena kepala air di atas Gunung Jerai di sini, hari ini.
COVID-19: Perancis mula guna pas khas, bolehkan rakyat gerak bebas
Pas khas ini diwajibkan bagi mereka yang ingin berkungjung ke bar, restoran, pusat membeli-belah, atau menaiki kereta api dan pesawat.
Duta Ukraine ke Thailand meninggal dunia di resort
Andrii Beshta, 44 tahun, diisytiharkan meninggal dunia di Koh Lipe, Thailand.