awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran berputar di Menara Kuala Lumpur beroperasi semula 29 Jan

Bernama
Bernama
24/01/2024
10:29 MYT
Restoran berputar di Menara Kuala Lumpur beroperasi semula 29 Jan
Menara Kuala Lumpur memaklumkan ARAS diurus oleh MKL Cuisine Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Restoran berputar ARAS yang terletak pada ketinggian 282 meter dari aras tanah di Menara Kuala Lumpur di sini akan mula beroperasi pada 29 Jan ini.
Menara Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan ARAS diurus oleh MKL Cuisine Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.
ARAS akan menggantikan Restoran Atmosphere 360 yang diarah menghentikan operasi susulan perintah pengosongan premis oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 22 Dis lepas.
Menurut kenyataan itu, restoran baharu berkenaan bersedia untuk menjadi destinasi kulinari utama di ibu kota seterusnya menjanjikan pengalaman makan yang unik dengan menu gabungan disesuaikan bagi memenuhi cita rasa tempatan dan antarabangsa.
Harga bufet yang ditawarkan pada Isnin hingga Khamis bagi dewasa ialah RM199 dan kanak-kanak RM119 manakala hujung minggu atau cuti umum menyaksikan harga untuk dewasa ialah RM249 dan RM149 bagi kanak-kanak, dengan kemasukan secara percuma ke pelantar pemandangan.
Bagi mendapatkan slot di ARAS, orang ramai boleh membuat tempahan dengan menghubungi 011-2888 2020 atau e-mel kepada [email protected]
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#restoran berputar
#Menara Kuala Lumpur
#restoran baharu
#aras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan