MALAYSIA
Restoran, kedai serbaneka dibenar beroperasi sehingga 2 pagi - Ismail Sabri

Keputusan itu dibuat selepas mendapat gesaan daripada pengusaha terutama di kawasan pelancongan. -Gambar fail
Waktu operasi premis perniagaan termasuk restoran dan kedai serbaneka yang sebelum ini ditetapkan sehingga jam 12 tengah malam kini dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan itu selepas mendapat gesaan daripada pengusaha terutama di kawasan pelancongan.
"Banyak rungutan terutamanya di kawasan pelancongan seperti di Langkawi... mereka terpaksa tutup pukul 12 tengah malam, hiburan pula tidak dibenarkan, kerana kita tidak benarkan dan hanya makan sahaja boleh.
"Jadi pengusaha-pengusaha meminta kita melanjutkan tempoh selama dua jam lagi dan hari ini mesyuarat bersetuju. Bukan sahaja di Langkawi, malah pusat-pusat peranginan lain. Restoran, kedai serbaneka juga boleh dibuka sehingga pukul 2 pagi," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Khamis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami