KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky optimis beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mampu menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selewat-lewatnya pada kejohanan All England, Mac ini.
Rexy berkata keyakinan itu berasaskan prestasi dipamerkan pasangan pada ranking kesembilan dunia itu pada Kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China, Disember lepas.
"Setakat ini anggaran kelayakannya adalah antara 70 hingga 80 peratus. Jadi kita pastikan dia boleh dapat (kelayakan) selewat-lewatnya pada All England, tambahan pula, bila bercakap tentang pesaing pingat dengan aksi terakhir di Jelajah Dunia Akhir itu, saya lihat mereka ada peluang.
"Saya sudah lalui sebagai seorang pemain dari Olimpik tentang bagaimana seseorang itu dari bukan siapa-siapa boleh cipta kejutan, kalau kedua-dua gandingan ini tampilkan persembahan baik dan tiada kecederaan, saya yakin mereka boleh ke Olimpik," katanya pada sidang media pasukan kebangsaan menjelang Terbuka Malaysia 2024 di sini, hari ini.
Pada Jelajah Dunia Akhir lepas, Tang Jie-Ee Wei terlepas peluang ke separuh akhir selepas mencatatkan satu kemenangan dan dua kekalahan pada peringkat kumpulan.
Dalam pada itu, Rexy berkata sekiranya gandingan juara Master Orleans 2023 itu sudah menempah tiket awal ke Olimpik, beliau akan mengurangkan kejohanan yang disertai mereka.
Rexy berkata Tang Jie-Ee Wei perlu meningkatkan prestasi mereka supaya mampu menyaingi pasangan pada kedudukan lima teratas dunia.
Sementara itu, jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto berkata persiapan Tang Jie-Ee Wei untuk beraksi di Terbuka Malaysia pada 9-14 Jan depan dilihat berada pada tahap yang baik.
"Kalau ikutkan, memang tidak cukup tetapi semua pemain lain pun sama juga, tidak ada persiapan yang banyak. Namun bagi saya, rasanya ia lebih baik berbanding (persiapan) Jelajah Dunia Akhir Disember lalu," katanya.
Nova berkata beliau kini lebih memberi tumpuan untuk memperkuatkan lagi bahagian pertahanan gandingan itu dalam usaha meningkatkan keupayaan mereka memberi tentangan sengit pada perlawanan akan datang.
"Kita tengok sendiri di China, Tang Jie-Ee Wei penat sebab beraksi terlalu lama, mereka tak tahan itu tetapi persiapan untuk Terbuka Malaysia ini saya rasa pemain terutamanya Ee Wei telah meningkat banyak. Dia pun yakin dengan latihan yang dilakukan," katanya.
Tang Jie-Ee Wei menampilkan aksi memberangsangkan pada musim 2023 apabila berjaya menjuarai Terbuka Taiwan pada Jun dan Masters Orleans pada April selain memperoleh gangsa pada Masters Korea pada November dan Terbuka Artik pada Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
Keyakinan itu berasaskan prestasi dipamerkan pasangan berkenaan pada Kejohanan Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, Disember lepas. - Gambar fail
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Piala Thomas: Ayuh, 'pecahkan' tembok besar China!
Rexy Mainaky menuntut barisan pemain negara untuk tampil garang bagi melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Piala Thomas: Status penyertaan Zii Jia terjawab esok - Rexy
Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
Pearly-Thinaah tidak diturunkan untuk Piala Uber
Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M Thinaah tidak akan disenaraikan pada saingan Piala Uber 2024 yang bakal berlangsung di Chengdu, China bermula 27 April hingga 5 Mei ini.
Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy
Katanya, Malaysia berpotensi mendapat mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar.
Piala Thomas: Rexy tidak mahu insiden di BATC 2024 berulang di Chengdu
Pada saingan BATC, skuad lelaki mengalami detik mencemaskan selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.
Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024
Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 aris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024.
Mental pemain 'goyah' dengan perubahan taktikal pada aksi final BATC 2024
Situasi itu berlaku apabila dua tonggak perseorangan utama negara terpaksa direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya.
ABM tagih khidmat bekas pemain Indonesia, bantu prestasi Pearly-Thinaah
Keputusan untuk mengambil kedua-dua bekas pemain dipersetujui oleh jawatankuasa RTG bagi meningkatkan lagi prestasi beregu negara itu.