awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan ikan mati terapung di Sungai Keruh

Sinar Harian
Sinar Harian
06/02/2022
21:45 MYT
Ribuan ikan mati terapung di Sungai Keruh
Bangkai ikan yang ditemui terapung di Sungai Keruh Kepong. (Gambar kecil) Dic Lai. -Foto Sinar Harian
KEPONG: Ribuan ikan mati ditemui terapung di Sungai Keruh di sini sejak beberapa hari lalu.
Pegawai Khas Ahli Parlimen Kepong, Dic Lai berkata, seorang pengadu telah memaklumkan kejadian itu pada Sabtu sebelum dia bersama Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng meninjau lokasi tersebut pada Ahad.
Menurutnya, kejadian itu adalah pertama kali berlaku di kawasan tersebut dan puncanya tidak diketahui.
"Penduduk sekitar juga tiada maklumat punca kejadian sama ada disebabkan ikan itu diracun atau ada pihak yang melakukan pencemaran di sungai berkenaan.
"Perkara tersebut telah dipanjangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JPS) untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Pada Ahad, Lip Eng menerusi Facebook Live telah menunjukkan keadaan sungai di belakang Lamai Damai Itu dipenuhi ikan mati di perangkap sampah.
Beliau menerusi siaran langsung itu memohon pihak berwajib untuk membersihkan ikan yang masih terapung itu kerana berbau busuk.
"Walaupun memakai pelitup muka, saya masih tidak tahan dengan bau bangkai ikan tersebut.
"Selepas bersihkan sungai ini, saya mohon siasatan dilakukan supaya isu sama tidak berulang pada masa akan datang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ikan mati
#dic lai
#Sungai Keruh
#Lim Lip Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan