awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan ke rumah terbuka bukti sokongan kepada PM Najib - TPM

Bernama
Bernama
25/06/2017
07:58 MYT
Ribuan ke rumah terbuka bukti sokongan kepada PM Najib - TPM
Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersalaman dan beramah mesra bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2017 di Seri Perdana. -Bernama
Kehadiran ribuan tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat ke Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana sejak awal pagi menunjukkan sokongan kuat rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kehadiran tetamu ke kediaman rasmi perdana menteri pada tahun ini juga meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Ini menunjukkan sambutan baik... Kali ini juga banyak rakyat Malaysia yang bukan dari Putrajaya sahaja, tetapi dari Negeri Sembilan, Perak dan Johor.
"Ini juga memperlihatkan yang mereka ingin bertemu dengan Perdana Menteri... Bila mereka salam dengan Perdana Menteri macam ada kelegaan pada mereka," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berkenaan di sini.
Majlis berkenaan yang bermula pada 9 pagi dijadualkan berakhir 4 petang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#PM
#Putrajaya
#rumah terbuka
#Seri Perdana
#TPM
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan