awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan Keluarga Malaysia meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri PM di Parlimen Bera

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
07/05/2022
05:18 MYT
Ribuan Keluarga Malaysia meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri PM di Parlimen Bera
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan penyedia juadah pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Laman Kerayong, hari ini.- Foto BERNAMA
BERA: Ribuan anggota Keluarga Malaysia hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera anjuran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Laman Kerayong, di sini hari ini.
Ismail Sabri juga sempat meluangkan masa melawat gerai-gerai juadah seperti nasi dagang, lemang, rendang dan laksa Pahang.
Keluarga Malaysia di Bera turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama Perdana Menteri sambil beramah mesra.
Rata-rata pengunjung yang hadir berasa teruja dengan penganjuran rumah terbuka berkenaan setelah dua tahun tidak dapat menikmati suasana perayaan akibat pandemik COVID-19.
Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera bermula jam 9 pagi sehingga jam 2 petang itu dikunjungi pelbagai golongan masyarakat di sekitar Bera sebagai sebuah keluarga besar Malaysia yang turut membawa bersama anak-anak, keluarga dan rakan.
Esok 8 Mei akan diadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang.
Topic Berkaitan
#rumah terbuka Aidilfitri
#Parlimen Bera
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan