awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan orang termasuk pemimpin negara Arab, Islam hadiri pengebumian Haniyeh di Doha

Bernama
Bernama
02/08/2024
21:37 MYT
Ribuan orang termasuk pemimpin negara Arab, Islam hadiri pengebumian Haniyeh di Doha
Shamsul Anuar (tengah) berkata, beliau dibawa oleh wakil Kedutaan Malaysia di Doha mengiringi jenazah Ismail Haniyeh untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Founding Imam Bandar Lusail, Doha pada 1 tengah hari waktu tempatan. - Facebook Shamsul Anuar
KUALA LUMPUR: Upacara pengebumian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Doha, Qatar pada Jumaat dihadiri ribuan orang dan pemimpin dari pelbagai negara Arab dan Islam, termasuk Malaysia.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang mewakili Kerajaan Malaysia pada majlis itu dalam catatan di Facebook beliau berkata kehadiran ribuan orang sewaktu solat jenazah dan upacara pengebumian Haniyeh jelas menunjukkan nilai penghormatan yang tinggi kepadanya sebagai pemimpin teragung Palestin.
Menurut Shamsul Anuar beliau dibawa oleh wakil Kedutaan Malaysia di Doha mengiringi jenazah pemimpin yang syahid itu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Founding Imam Bandar Lusail, Doha pada 1 tengah hari waktu tempatan.
"Mewakili Kerajaan Malaysia saya telah memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin tertinggi Hamas, Almarhum Ismail Haniyeh," katanya.
Media Iran melaporkan bahawa Haniyeh terbunuh dalam serangan Israel yang menyasarkan tempat penginapannya di utara Tehran sekitar pukul 2 pagi waktu tempatan pada 31 Julai.
Haniyeh berada di Tehran untuk menghadiri upacara angkat sumpah presiden baharu Iran Masoud Pezeshkian.
Shamsul Anuar dalam catatannya optimis bahawa perjuangan Haniyeh akan diteruskan dalam usaha membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis dan menjadi sebuah negara merdeka.
Turut mewakili kerajaan Malaysia pada upacara itu ialah Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) serta pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Qatar.
Shamsul Anuar yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pada Jumaat, 6 pagi waktu tempatan turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Imam Muhammad Ibn Abdul Al Wahhab di Doha, Qatar yang dihadiri oleh ribuan jemaah daripada pelbagai negara dan rakyat tempatan sebelum dibawa oleh wakil Kedutaan Malaysia di Doha untuk mengiringi jenazah Haniyeh ke tanah perkuburan dan menyaksikan majlis pengebumian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shamsul Anuar Nasarah
#Ismail Haniyeh
#pengebumian
#Pemimpin Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan