KUALA LUMPUR: Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau lain selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, Bank Negara Malaysia (BNM) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilaksanakan pada Februari lepas.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata Jawatankuasa Pasaran Kewangan, BNM pada 1 Mac lepas menyatakan terdapat kesan yang serta-merta terhadap aliran pasaran dan peningkatan minat pasaran terhadap ringgit.
"Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang meminta Menteri Kewangan menyatakan strategi dasar jangka pendek untuk menguruskan rintangan ekonomi bagi mendepani kejatuhan nilai ringgit.
Katanya antara langkah segera yang telah diambil ialah BNM sentiasa memastikan pasaran pertukaran asing dalam negeri kekal teratur dan mengekalkan kestabilan kewangan.
"BNM juga terus memantau pasaran kewangan dan mengambil langkah perlu termasuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan," katanya.
Selain itu, katanya BNM turut memantau penukaran hasil eksport kepada ringgit oleh syarikat pengeksport selain terus menggalakkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian eksport supaya kebergantungan kepada dolar Amerika dapat dikurangkan.
Beliau berkata Kementerian Kewangan dan BNM juga telah mengambil tindakan bersepadu dan terselaras bagi membawa masuk aliran wang ke dalam pasaran pertukaran mata wang asing.
"Antaranya termasuklah menggalakkan GLIC dan GLC membawa pulang pendapatan pelaburan asing dan menukar pendapatan tersebut kepada ringgit dengan lebih konsisten," katanya.
Amir Hamzah berkata kerajaan turut mengawal pelaburan luar negara oleh syarikat swasta bagi mengurangkan tekanan kepada ringgit -- ini termasuk menggalakkan mereka mengutamakan pelaburan domestik dan menangguhkan pelaburan luar negara baharu.
"Pelaburan luar negara perlulah diurus secara berhemat seperti melindungi nilai pendedahan mata wang asing dan membawa balik hasil pelaburan luar negara," katanya.
Selain langkah-langkah bersama BNM, katanya kerajaan juga menumpukan usaha pembaharuan ekonomi yang secara tidak langsung akan mengukuhkan prestasi ekonomi dan mata wang ringgit.
"Kerajaan telah memperkenalkan kerangka Ekonomi MADANI, dengan tonggak utama adalah untuk menstrukturkan semula ekonomi supaya muncul sebagai peneraju Asia.
"Ekonomi MADANI menumpukan usaha memastikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing," katanya.
Dalam menangani isu nilai ringgit, katanya semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dan rakyat Malaysia diharap mengamalkan sikap 'Malaysia First' sebagai pengguna harian.
"Belilah barangan dan perkhidmatan Malaysia serta melaburlah dalam unit amanah dan pelaburan lindung domestik," katanya.
Beliau berkata kempen melancong dalam negara dan beli barangan tempatan terus ditingkatkan kerana ia membantu memperkukuh nilai ringgit dan menambah baik prestasi ekonomi.
Bagi menggalakkan kemasukan pelancong luar negara, katanya kerajaan telah mengambil pelbagai langkah antaranya mengecualikan visa selama 30 hari untuk warganegara Cina dan India mulai Disember 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Amir Hamzah berkata Jawatankuasa Pasaran Kewangan, BNM pada 1 Mac lepas menyatakan terdapat kesan yang serta-merta terhadap aliran pasaran dan peningkatan minat pasaran terhadap ringgit. - Gambar fail/Bernama
Lelaki diserang buaya ketika jala ikan di Pantu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pagi ini, kerana keadaan malam tadi sudah terlalu gelap.
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
Penunggang motosikal maut terbabas, kepala kena tiang papan tanda
Seorang lelaki berusia 50 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Ipoh.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
12 samseng jalanan ditahan, 57 motosikal disita di Taiping
Operasi yang diadakan bukan saja untuk membanteras samseng jalanan tetapi juga untuk mengurangkan kes kemalangan dan jenayah jalanan.
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.