KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat belian meskipun harga minyak mentah merosot, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1820/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1835/1850 sewaktu ditutup pada Isnin.
Setakat ini, minyak mentah Brent berada pada US$92.65 setong dengan penyusutan 0.04 peratus.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun harga minyak mentah telah bergerak melebihi US$90 setong, ia memberi sokongan kepada ringgit setakat ini.
"Harga minyak mentah yang lebih tinggi akan membantu meningkatkan ruang fiskal kepada ekonomi Malaysia dan seterusnya menyokong pertumbuhan," katanya kepada Bernama.
Justeru, beliau berkata pengukuhan ringgit dilihat agak ketara.
Mohd Afzanizam berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) iaitu data utama yang akan dikeluarkan pada minggu ini dijangka kekal melebihi 7.0 peratus pada Januari.
"Oleh itu, kenaikan kadar di Amerika Syarikat (AS) hampir mencapai persetujuan dan persoalan seterusnya adalah kuantum bagi kenaikan itu.
"Dari segi lain, terdapat kekuatan yang akan memacu peningkatan ringgit, manakala ada faktor yang akan meningkatkan dolar AS," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata ringgit akan bergerak pada sekitar RM4.18 berbanding dolar AS dalam masa terdekat.
Pelabur juga akan mengambil kira suku akhir Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada Jumaat, katanya sambil memaklumkan, "Angka itu dijangka positif selepas negatif pada suku terdahulu berikutan pembukaan semula ekonomi pada Okober."
Setakat ini, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1125/1157 daripada 3.1102/1115 sewaktu ditutup pada Isnin, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.6603/6658 daripada 5.6536/6556 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7850/7896 daripada 4.7780/7797 sebelum ini.
Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6274/6312 daripada 3.6369/6385.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1820/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1835/1850 sewaktu ditutup pada Isnin. -Gambar fail/Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.