KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini berikutan ketegangan di Timur Tengah yang berterusan menyebabkan harga minyak mentah terus meningkat, memberikan cabaran kepada bank pusat untuk mencapai matlamat inflasi mereka pada tahun ini yang akan membawa kepada persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi, terutamanya di Amerika Syarikat (AS).
Pada 9.01 pagi, ringgit susut kepada 4.7840/7900 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 pada Jumaat lepas.
Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid, ringgit dijangka kekal rendah dalam tempoh terdekat berikutan Rizab Persekutuan (Fed) AS dilihat tidak tergesa-gesa untuk meredakan pendirian dasar monetarinya dalam masa terdekat.
Beliau berkata pasaran akan menunggu pengukur inflasi pilihan Fed pada Jumaat.
Indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) keseluruhan AS dijangka meningkat kepada 2.6 peratus pada Mac daripada 2.5 peratus manakala PCE teras dijangka sederhana kepada 2.6 peratus daripada 2.8 peratus.
“Para pegawai Fed telah memberi isyarat mengenai keperluan untuk mengekalkan kadar faedah pada paras semasa untuk membawa kadar inflasi ke arah sasaran 2.0 peratus. Langkah itu dijangka menjadi positif kepada dolar dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali berbandiung euro apabila ia merosot kepada 5.0974/1037 daripada 5.0961/1009 pada Jumaat lepas.
Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0932/0971 daripada 3.0947/0978 dan meningkat berbanding pound kepada 5.9207/9281 daripada 5.9533/9589 sebelum ini.
Ia diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9420/9631 daripada 12.9668/9847 pada Jumaat lepas dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5107/5153 daripada 3.5113/5149.
Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.32 dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 294.1/294.7 daripada 293.9/294.4 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali berbandiung euro apabila ia merosot kepada 5.0974/1037 daripada 5.0961/1009 pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS kekal kukuh.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.