awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizal tolak panggilan skuad kebangsaan atas urusan keluarga - Saifuddin

Bernama
Bernama
20/03/2022
09:17 MYT
Rizal tolak panggilan skuad kebangsaan atas urusan keluarga - Saifuddin
Mohd Saifuddin berkata sebarang keputusan lanjut terhadap tindakan Mohd Rizal yang dianggap menolak panggilan skuad kebangsaan itu akan ditentukan kemudian. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai ketidakhadiran pemain pertahanan Sabah FC Mohd Rizal Mohd Ghazali ke kem latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula sejak 14 Mac lepas akhirnya terjawab.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata menerusi penjelasan bertulis Mohd Rizal yang diterimanya pada petang Jumaat lepas, pemain berusia 29 tahun itu memberitahu beliau mempunyai urusan keluarga.
"Dia (Mohd Rizal) menerangkan dia tidak dapat hadir ke kem latihan pusat kerana masalah keluarga, terdapat ahli keluarga rapatnya sakit. Dia pun sudah lama berjauhan dengan keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Susulan perkembangan itu, Mohd Saifuddin menyifatkan peluang Mohd Rizal untuk berada dalam senarai pemain skuad Harimau Malaya menghadapi saingan Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura bermula minggu depan dilihat tipis.
Bagaimanapun, beliau berkata sebarang keputusan lanjut terhadap tindakan Mohd Rizal yang dianggap menolak panggilan skuad kebangsaan itu akan ditentukan kemudian.
"Sekarang saya tidak boleh buat keputusan apa-apa kerana saya kena bawa perkara ini kepada pengurusan pasukan untuk mereka menilai dan membuat keputusan seterusnya," kata Mohd Saifuddin.
Sebelum ini, beliau berkata FAM mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung tindakan Mohd Rizal itu memandangkan latihan skuad kebangsaan diadakan luar dari tarikh Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA yang bermula 21 hingga 29 Mac ini.
Menurutnya, jika Mohd Rizal gagal melapor diri pada tarikh tersebut, beliau berdepan tindakan penggantungan bermain dalam liga domestik selain denda RM25,000 sebagai hukuman terhadap pemain yang menolak panggilan skuad kebangsaan.
Skuad kebangsaan kendalian Kim Pan Gon dijadual berlepas ke Singapura pada Selasa depan bagi memulakan saingan Siri Tiga-Negara FAS menentang Filipina (23 Mac) dan skuad tuan rumah (26 Mac) pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1.
Pasukan bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC pada aksi tertutup dijadual pada 28 Mac ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Rizal Mohd Ghazali
#harimau Malaya
#Kim Pan Gon
#FAM
#Mohd Saifuddin Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan