RM10 juta untuk naik taraf jalan perhubungan Orang Asli di Gua Musang - ADUN

Penduduk menyambut baik inisiatif kerajaan dan berharap kerja pembaikan dapat dimulakan segera bagi memudahkan urusan harian serta menghadapi musim tengkujuh dengan lebih selamat. - Gambar fail
GUA MUSANG: Lebih 3,000 penduduk Orang Asli di pedalaman daerah ini bakal menerima manfaat hasil peruntukan lebih RM10 juta daripada kerajaan bagi menaik taraf jalan perhubungan ke kawasan mereka, termasuk di Pos Simpor dan Pos Gob dekat sini.
Ringkasan AI
- Lebih 3,000 penduduk Orang Asli di pedalaman Gua Musang bakal menerima manfaat daripada peruntukan lebih RM10 juta bagi menaik taraf jalan dan jambatan, khususnya di kawasan berisiko seperti Pos Simpor dan Pos Gob.
- Peruntukan diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan disalurkan melalui JAKOA, dengan kerja-kerja naik taraf akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dan KESEDAR selepas lawatan tapak.
- Penduduk menyambut baik inisiatif kerajaan dan berharap kerja pembaikan dapat dimulakan segera bagi memudahkan urusan harian serta menghadapi musim tengkujuh dengan lebih selamat.
"JAKOA telah mengenal pasti beberapa kawasan jalan, jambatan dan pembetung yang perlu dinaik taraf, manakala lawatan tapak dijangka diadakan dalam masa terdekat oleh agensi pelaksana, Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)," katanya kepada pemberita di Pos Gob di sini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Hady Liman berkata penduduk amat menghargai keprihatinan kerajaan menyalurkan peruntukan besar itu dan berharap kerja-kerja pembaikan dapat dimulakan segera bagi memudahkan urusan harian serta menangani keperluan kecemasan pada musim hujan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami