KUALA LUMPUR: Wang RM13 juta yang disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada Yayasan Akalbudi (YAB) bukan rasuah, sebaliknya bagi membangunkan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk, Perak, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, 69, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau juga tidak pernah menjanjikan apa-apa projek MyEG kepada ahli perniagaan itu, Junaith Asharab Md Shariff, yang juga pemborong tekstil, sebagai balasan kepada sumbangan tersebut.
Ini kerana kerana MyEG bukan di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi di bawah Kementerian Kewangan, katanya.
"Pihak pendakwaan sendiri tidak pernah mengemukakan apa-apa keterangan atau bukti di mahkamah yang menunjukkan terdapat apa-apa cadangan atau bukti yang menyatakan saya menjanjikan projek-projek tersebut kepada Junaith Asharab.
"Malah, keterangan Junaith Asharab sendiri juga sangat jelas menyatakan bahawa cek-cek tersebut merupakan sumbangannya untuk pembinaan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi, semasa membela diri atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik YAB.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata sebelum ini Junaith Asharab memberikan keterangan di mahkamah dengan menyatakan bahawa: "Saya dari keluarga yang terkenal. Keluarga mertua saya kaya raya."
"Saya juga telah dimaklumkan bahawa Junaith Asharab adalah seorang India muslim yang datang daripada keluarga yang sangat kaya yang kemampuan beliau melampaui kemampuan orang-orang biasa. Saya juga difahamkan bahawa beliau mempunyai satu kemudahan dari segi wang ringgit untukdisumbangkan kepada mana-mana pihak yang diingini.
"Saya juga dimaklumkan bahawa Junaith Asharab turut menyumbang ke atas pembinaan sebuah masjid di India yang tulisan 30 juzuk ayat-ayat Al-Quran pada masjid tersebut dibuat daripada emas dan perkataan 'Bismillah' di permulaan setiap surah dibuat daripada berlian," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid menafikan bahawa beliau menerima rasuah RM250,000 daripada Junaith Asharab kerana wang tersebut adalah pinjaman yang diberikan kepada adiknya, Datuk Seri Nasaee.
"Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Junaith Asharab semasa di peringkat pendakwaan di mahkamah, cek itu adalah pinjaman yang diberikan kepada adik saya (Nasaee). Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan cek ini dan saya tidak mempunyai pengetahuan bahawa cek ini adalah pinjaman kepada adik saya.
"Saya tidak mempunyai pengetahuan peribadi berkenaan pinjaman ini dan apa-apa kaitan dengan cek ini. Saya juga tidak mempunyai pengetahuan bahawa cek ini adalah pinjaman kepada adik saya," katanya yang mengenali Junaith Asharab sejak 2016 melalui Nasaee.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Wang RM13 juta yang disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada YAB bukan rasuah, sebaliknya bagi membangunkan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail/BERNAMA

Banjir Baling: Lima LRA beroperasi sepenuhnya - SADA
Tempoh gangguan dan bekalan air di kawasan terkesan adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air.

Banjir Baling: Mangsa reda tiada sambutan Hari Raya Aidiladha
Bukan hanya persiapan raya musnah, bahkan, ada juga rumah yang lenyap dibawa arus deras.

Public Bank naikkan kadar asas sebanyak 0.25 peratus mulai Jumaat
BR Public Bank akan dinaikkan kepada 2.77 peratus manakala BLR/BFR dinaikkan kepada 5.97 peratus.

Musim Haji 1443H | Ibadah Wukuf: Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini
Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini untuk melaksanakan rukun haji iaitu wukuf. Kemudian akan melaksanakan wajib haji dengan bermalam di Muzdalifah, seterusnya bergerak ke Mina untuk melakukan lontaran Jamrah Kubra serta bermalam di sana. Editor Astro AWANI, Nazri Kahar dan Jurukamera Ruzi Mat Saman berkesempatan membuat liputan di Masjidil Haram menjelang hari wukuf.

Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.

AWANI Ringkas: Insiden di plaza tol LDP

Penganalisis ramal OPR boleh cecah 3.0 peratus pada 2023
Majoriti daripada mereka juga berpendapat kenaikan kadar akan berterusan untuk baki tahun ini di tengah-tengah peningkatan inflasi.

Rancangan Selangor Pertama: Bukan mahu dabik dada, tunjuk hebat - Amirudin
Rancangan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan direncana dengan lebih terperinci.

Jenayah | Suami isteri ditemukan dibunuh di rumah sendiri
Sepasang suami isteri ditemukan mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka dekat Taman Bercham Aman, Ipoh, pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan.

Aidiladha | Peniaga diingatkan tak ambil kesempatan naik harga
Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam dan telur meskipun mendapat permintaan yang tinggi menjelang Aidiladha nanti. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata peniaga tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian selain perlu patuh kepada harga siling RM9.40 yang ditetapkan.

Saya tak persoal niat dan sumber dana RM7 juta oleh ahli perniagaan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata beliau bersangka baik apabila menerima sumbangan itu kerana ia diberikan kepada YAB bagi aktiviti keagamaan dan amal kebajikan, bukan untuk kepentingan dirinya.

'Saya bersangka baik terhadap Mejar Mazlina' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, pada setiap masa, beliau mendapatkan bantuan Mazlina untuk pelbagai urusan kewangan peribadi termasuk pembayaran kad kredit.

Permohonan Ahmad Zahid terbit semula, halang sebar rakaman kenyataan Tun Mahathir ditolak
Mahkamah berpendapat plaintif (Ahmad Zahid) perlu membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir adalah tidak benar.

Zahid dalang ketidakstabilan, baik bersara: Wan Saiful
Ahmad Zahid juga dalang di sebalik tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dakwa Wan Saiful.

Zahid Hamidi gagal tangguh prosiding pembelaan
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya berkata tiada keadaan khas untuk membenarkan permohonan Ahmad Zahid bagi penangguhan.

PRU15: UMNO kenal pasti calon 'heavyweight' untuk bertanding di Selangor
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu adalah antara kriteria yang akan diambil kira sebagai salah satu strategi PRU15 di Selangor.

PRU15: BN tidak akan benar 'political cornering' yang berlaku di Sabah berulang - Zahid Hamidi
Barisan Nasional (BN) tidak akan membenarkan sebarang 'political cornering' yang berlaku terhadap gabungan politik itu di Sabah sebelum ini berulang.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

"Sila selesaikan masalah dalaman dulu" - Gerakan selar Presiden UMNO
Gerakan gesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelaskan segala dakwaan dibuat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.