awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Helikopter JBPM mula digunakan, kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi terkawal
Lori 'Black Maria' bawa 10 OKT terbalik di Rembau
India sahkan hanya dua kes virus Nipah di Bengal Barat sejak Disember
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM15 bilion untuk SARA dan STR, meningkat berbanding RM8 bilion pada 2022

Sinar Harian
Sinar Harian
28/01/2026
08:00 MYT
RM15 bilion untuk SARA dan STR, meningkat berbanding RM8 bilion pada 2022
Liew berkata, peningkatan peruntukan untuk STR dan SARA dari tahun ke tahun adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM15 bilion yang disediakan kerajaan untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding hanya RM8 bilion pada 2022.
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, peningkatan peruntukan untuk STR dan SARA dari tahun ke tahun adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial.
Menurutnya, bantuan kewangan tersebut merupakan mekanisma yang digunakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat dalam menangani peningkatan kos sara hidup.
"Program ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan bantuan secara bersasar. "Untuk makluman, jumlah Rakan Niaga SARA sehingga 26 Januari 2026 telah meningkat kepada 10,447 kedai di seluruh negara berbanding 700 kedai pada 2024, dan bilangan ini akan terus bertambah dari masa ke masa.
"Ini termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai koperasi dan pasar mini yang terletak di kawasan bandar, luar bandar dan juga pedalaman bagi memastikan lebih ramai penerima mendapat akses mudah kepada bantuan ini," katanya ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) mengenai sebab proses kelulusan untuk Inisiatif Kedai MyKasih masih mengambil masa yang terlalu lama.
Tambah Chin Tong, bagi negeri Sarawak sahaja, terdapat 1,096 premis yang telah didaftarkan sebagai Rakan Niaga SARA.
"Kerajaan akan sentiasa meneliti syarat untuk menjadi Rakan Niaga SARA dari semasa ke semasa bagi memastikan kedai runcit tempatan dan peniaga kecil turut terlibat secara langsung," jelasnya. -- Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Sumbangan Tunai Rahmah
#Sumbangan Asas Rahmah
#sara
#Liew Chin Tong
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan