awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM202,716,775.10 jumlah akhir Tabung Harapan Malaysia

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/02/2019
04:01 MYT
RM202,716,775.10 jumlah akhir Tabung Harapan Malaysia
GUAN ENG: Satu Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir ditubuhkan bagi memastikan pengurusan THM dibuat secara teratur dan berintegriti. - fotoBERNAMA
Kerajaan Malaysia berjaya mengumpul RM202,716,775.10 hasil sumbangan menerusi Tabung Harapan Malaysia (THM) sejak 30 Mei tahun lalu.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata satu Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir ditubuh bagi memastikan pengurusan THM dibuat secara teratur dan berintegriti.
"Pihak Kementerian Kewangan dalam tindakan untuk membuat pelarasan penutupan akaun tersebut sebelum pengauditan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara.
"Jumlah sumbangan ini akan digunakan untuk pembayaran hutang Kerajaan Persekutuan.
"Jawatankuasa tersebut akan memutuskan penggunaan wang THM mengikut tatacara yang termaktub di dalam Arahan Amanah Akaun THM (Trust Deed)," memetik kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini.
Beliau yang mewakili Kerajaan Persekutuan turut merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan kepada THM.
Ujarnya, sumbangan tersebut mencerminkan kesetiaan dan kasih sayang mereka terhadap tanah air yang dicintai.
"Selain itu, ia memberikan semangat kepada Kerajaan untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi menyelesaikan masalah hutang yang diwarisi Kerajaan Persekutuan," katanya.
Mana-mana individu atau organisasi yang membuat sumbangan selepas 14 Januari, ia tidak akan dikreditkan ke dalam akaun THM, sebaliknya dipulangkan semula kepada penyumbang.
Topic Berkaitan
#Jabatan Audit Negara
#Kementerian Kewangan
#kerajaan
#Lim Guan Eng
#Pakatan Harapan
#Tabung Harapan
#Tabung Harapan Malaysia
#THM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan