awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM3.46 juta dilulus untuk MBI naik taraf kemudahan - Nga Kor Ming

Bernama
Bernama
11/06/2023
10:20 MYT
RM3.46 juta dilulus untuk MBI naik taraf kemudahan - Nga Kor Ming
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (kanan) melihat infografik proses baik pulih prasarana ketika mengadakan lawatan ke rumah pangsa First Garden hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan RM3.46 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi menaik taraf dan penyelenggaraan beberapa kemudahan di bawah kendalian Majlis itu.
Menterinya Nga Kor Ming berkata peruntukan itu meliputi kerja-kerja naik taraf Pasar Kg Simee, naik taraf Jalan Sungai Pari, Buntong, naik taraf kawasan Dataran Niaga Taman Cempaka, naik taraf jalan di Persiaran Lapangan Siber 1, Bandar Seri Botani; naik taraf kawasan Rumah Pangsa First Garden, Silibin; dan naik taraf Lorong Isaac, Buntong.
"Peruntukan itu akan disalurkan dalam kadar segera kepada MBI," katanya selepas lawatan rasminya ke Ipoh hari ini. Turut bersamanya ialah Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.
Beliau berkata keseluruhan peruntukan naik taraf kemudahan awam dan infrastruktur ini merupakan "performance-based budget" atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat.
Katanya KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat.
Sementara Nga berkata semua kerja-kerja naik taraf berkenaan akan bermula bulan depan dan siap sepenuhnya menjelang Disember tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#peruntukan
#Majlis Bandaraya Ipoh
#Nga Kor Ming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan