awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM43 juta naik taraf infrastruktur luar bandar di Johor

Bernama
Bernama
07/12/2022
05:37 MYT
RM43 juta naik taraf infrastruktur luar bandar di Johor
Zahari berkata, inisiatif berkenaan bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat, malah membantu melancarkan urusan golongan pengusaha ladang, penternak dan petani. - BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Lebih RM43 juta diperuntukkan untuk membina, menaik taraf dan membaiki jalan-jalan ladang dan infrastruktur di kawasan luar bandar di Johor sepanjang tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip berkata daripada jumlah itu, RM31.45 juta disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor manakala RM12.18 juta daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Zahari (BN-Buloh Kasap) berkata inisiatif berkenaan bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat, malah membantu melancarkan urusan golongan pengusaha ladang, penternak dan petani.
"Para pengusaha ladang akan dibantu dalam pembangunan ladang seperti pembangunan sistem pengairan, saliran dan perparitan, pembinaan jambatan, titi, jalan ladang, penyediaan pagar, pembinaan bangsal kompos serta pembinaan stor bahan input.
"Bagi pembinaan jalan ladang di dalam satu lot kawasan projek yang diusahakan, insentif yang diberikan bergantung kepada keluasan yang terlibat mengikut perkadaran insentif iaitu maksimum RM20,000 per hektar," katanya ketika menjawab soalan lisan Ng Kor Sim (PH-Jementah) pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.
Beliau berkata menerusi peruntukan itu JPS Johor telah melaksanakan 242 projek merangkumi projek lintasan jalan ladang sebanyak sembilan projek, projek infrastruktur perairan, saliran pertanian dan asas tani (16 projek) dan projek penyelenggaraan jalan luar bandar di bawah Marris (217 projek).
"Melalui peruntukan KPLB pula, sebanyak 188 projek jalan perhubungan desa (JPD) di seluruh negeri, meliputi laluan sejauh 517.44 kilometer.
"Muar merupakan daerah dengan jumlah bilangan projek tertinggi iaitu 51 projek yang bernilai RM3.43 juta, diikuti Batu Pahat (38 projek, RM2.29 juta); Tangkak (29 projek, RM1 juta); Segamat (27 projek, RM2.4 juta) dan Pontian (17 projek, RM570,000)," katanya.
Selain itu, katanya sebanyak RM1.25 juta dibelanjakan bagi melaksanakan 14 projek penyelenggaraan sistem saliran atau sungai di seluruh negeri bagi tujuan pertanian.
Tambah Zahari, kerajaan negeri menggalakkan petani dan usahawan untuk memulakan projek terlebih dahulu bagi melihat komitmen mereka sebelum dibantu dengan insentif berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pembangunan Luar Bandar
#Johor
#naik taraf infrastruktur
#Jabatan Pengairan dan Saliran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan