awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Manchester is Red: United kembali menyala di Old Trafford
Bapa lemas selepas selamatkan anak di Sungai Lebir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM4.63 bilion harta berjaya diselamatkan daripada kebakaran - JBPM

Amirah Shariffudin
Amirah Shariffudin
03/04/2019
13:13 MYT
RM4.63 bilion harta berjaya diselamatkan daripada kebakaran - JBPM
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid (tengah) bergambar kenangan bersama pengamal media pada Majlis Istiadat Pengurniaan Pingat Kebesaran JBPM di ibu pejabat jabatan itu hari ini. - Foto BERNAMA
Sejumlah RM4.63 bilion harta telah berjaya diselamatkan daripada kebakaran dari tempoh Januari hingga pertengahan Mac tahun ini, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid, aset tersebut merupakan aset komersial dan juga aset kerajaan.
“Ini merupakan aset-aset komersial dan aset-aset kerajaan melibatkan bangunan kerajaan yang sempat dan berjaya kami selamatkan,” dalam satu sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat JBPM pada hari Rabu.
Namun, jelas beliau kerugian akibat kebakaran pula pada tempoh yang sama berjumlah RM436.3 juta.
Kata Mohammad Hamdan, sebahagian besar kebakaran di Malaysia dipercayai dipercayai berpunca dari kebakaran hutan, yang disebabkan oleh fenomena Equinox serta kemarau panjang.
Sementara itu, tambah beliau, sepanjang tempoh tersebut JBPM telah menerima sebanyak 20,916 panggilan kecemasan.
Daripada jumlah itu, 266 panggilan melibatkan kebakaran manakala sebanyak 10,582 adalah non-fire calls, panggilan kecemasan yang melibatkan perkhidmatan mencari dan menyelamat dan juga khidmat manusia.
Terdahulu, Mohammad Hamdan telah menyampaikan Pingat Kebesaran kepada 124 penerima dalam majlis istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran JBPM.
Antara anugerah yang diberi termasuk Pingat Ketua Pengarah (PKP), Pingat Jasa Bomba (PJB), dan Pingat Setia Bomba (PSB).
Daripada jumlah itu, seramai 17 pengamal media elektronik dan cetak diberi anugerah Pingat Cemerlang Bomba (PCB) sebagai tanda penghargaan jabatan tersebut kepada agensi media terlibat dan antara yang menerima anugerah tersebut ialah wartawan Astro AWANI, Hilal Azmi.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#harta diselamatkan
#Hilal Azmi
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kebakaran di Malaysia
#Mohammad Hamdan Wahid
#Pingat Kebesaran JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan