KUALA LUMPUR: Negara telah berjaya menjimatkan kos sebanyak RM48.34 juta bersamaan 132.43 GigaWattjam (GWj) penggunaan tenaga elektrik setakat 31 Disember tahun lepas, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju.
Beliau berkata penjimatan itu, antara lain, dicapai menerusi program pensijilan Energy Management Gold Standard (EMGS) yang menekankan penggunaan tenaga dengan cekap oleh sektor bangunan dan industri di seluruh negara selain pelaksanaan sistem pengurusan tenaga lestari.
"Program ini (EMGS) selari dengan usaha kerajaan ke arah pembudayaan amalan kecekapan dan konservasi tenaga di peringkat nasional.
"Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menyokong sepenuhnya program ini dan berharap pelaksanaannya dapat diperluaskan supaya meliputi lebih banyak sektor dan industri," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Penganugerahan Sijil EMGS di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ali turut memaklumkan komitmen kerajaan untuk memacu pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara 2016-2025.
Menurutnya, pelan tindakan tersebut menyediakan kerangka dan strategi bagi pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga bagi sektor komersial, industri dan domestik dengan sasaran pengurangan penggunaan tenaga elektrik melebihi 50,000 GWj dalam tempoh 10 tahun, iaitu lapan peratus pengurangan permintaan tenaga pada 2025.
"Sasaran ini turut menganggarkan pengurangan pelepasan gas rumah kaca melebihi 37,000 kilo tan karbon dioksida ekuivalen (ktCO2e)," katanya.
Pada majlis itu, sebanyak 128 organisasi dianugerahkan sijil EMGS yang merangkumi 27 organisasi menerima sijil penarafan satu bintang, 44 organisasi (dua bintang) dan 57 organisasi menerima sijil penarafan tiga bintang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju berucap pada Majlis Penganugerahan Sijil Energy Management Gold Standard (EMGS) hari ini. - Foto BERNAMA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Kos tenaga, makanan global dijangka meningkat pada 2024 - Laporan Boao Forum
Terdapat kemungkinan berlaku lonjakan kos tenaga dan makanan global pada 2024 yang berpotensi memburukkan lagi inflasi di Asia.
Kos tenaga meningkat, Belgium buat persediaan hadapi musim sejuk
Kenaikan harga tenaga memberi kesan kepada ekonomi Belgium, terutamanya dalam sektor yang banyak bergantung kepada tenaga.
FMM sambut baik keputusan kerajaan kekal kos elektrik
FMM menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak mengenakan kadar surcaj yang lebih tinggi kepada pengguna.
RM48.34 juta kos tenaga berjaya dijimatkan tahun lepas
Negara telah berjaya menjimatkan kos sebanyak RM48.34 juta bersamaan 132.43 GigaWattjam (GWj) penggunaan tenaga elektrik setakat 31 Disember tahun lepas.