awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM5 juta kepada MBM, perkasa penyertaan belia wanita - PM Anwar

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
28/05/2023
05:59 MYT
RM5 juta kepada MBM, perkasa penyertaan belia wanita - PM Anwar
Anwar ketika berucap sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2023 peringkat kebangsaan di padang Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson hari ini. - Foto Astro AWANI
PORT DICKSON: Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkasa peranan pertubuhan itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2023 Peringkat Kebangsaan di padang Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson hari ini.
Anwar berkata, antara penambahbaikan yang beliau mahu lihat termasuk peningkatan penyertaan belia wanita sekurang-kurangnya 30 peratus di setiap peringkat persatuan.
Selain itu, beliau turut menggesa peruntukan itu digunakan dalam memperhebat program-program ekonomi dan latihan kebajikan serta meningkatkan kesedaran belia untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam membantu menyelamatkan negara.
"Saya hendak laporan dalam satu bulan ini, apa rancangan? Pertamanya, menambah keanggotaan belia dalam persatuan, kedua, memastikan penyertaan wanita di semua peringkat termasuk pimpinan MBM bermula dengan 30 peratus. Ketiganya, memperhebatkan program ekonomi, latihan kebajikan termasuk kesedaran belia untuk menunaikan tanggungjawab mereka menyelamatkan negara,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut berkata beliau mahukan anak muda mempunyai idealisme yang seiring usia mereka dan tidak hanya menjadi ‘pak turut’.
Beliau terdahulu merasmikan Karnival Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2023 yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Adam Adly Abd Halim serta Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.
Sambutan yang bertemakan ‘ini masa kita’ itu dianjurkan oleh MBM buat kali pertama dengan menyasarkan penyertaan yang lebih besar dari kalangan belia.
Antara pengisian karnival yang bermula pada 27 Mei itu termasuk Himpunan Komuniti Belia, Jelajah Genta Belia, bengkel kemahiran, pertandingan sukan elektronik (e-sports), pameran kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), jualan usahawan belia, perkhemahan sukarelawan dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#majlis belia malaysia
#Hari Belia Negara 2023
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan