awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM920 juta diluluskan untuk tambah baik infrastruktur air Pahang

Bernama
Bernama
06/02/2022
21:30 MYT
RM920 juta diluluskan untuk tambah baik infrastruktur air Pahang
Tiga fokus utama ialah membina lebih banyak loji rawatan air, menaik taraf loji sedia ada, dan mengganti paip lama. -Gambar hiasan
KUANTAN: Peruntukan sebanyak RM920 juta telah diluluskan bagi menambah baik infrastruktur air terawat di Pahang bagi tempoh tiga tahun bermula tahun 2021, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Abdul Hadi Ali.
Beliau berkata tiga fokus utama yang diberi perhatian dalam usaha itu ialah membina lebih banyak loji rawatan air, menaik taraf loji sedia ada, dan mengganti paip lama yang sering menyebabkan ketirisan hasil air terawat.
PAAB juga, menurut Abdul Hadi akan berkerjasama rapat dengan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam pelaksanaan perkara tersebut, yang merupakan sebahagian daripada pakej penstrukturan semula air yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Peruntukan RM920 juta yang telah diluluskan itu dikeluarkan berdasarkan pelan perniagaan dan pengalaman lepas, tetapi mungkin ada kawasan yang lebih diutamakan dari aspek pembangunan prasarananya dan ia bergantung kepada PAIP.
"Perancangan pembinaan tiga loji rawatan air baharu di Kuantan, Temerloh dan Rompin pula, dijangka akan memakan masa antara empat hingga lima tahun, manakala penaiktarafan loji sedia ada dianggar dalam tempoh satu atau dua tahun," katanya.
Abdul Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Misi Pasca Banjir PAAB Prihatin di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail di Paya Besar di sini pada Ahad.
Turut hadir CEO PAIP Saiful Zaini Mohd Bokhari.
Sementara itu, Saiful Zaini berkata penstrukturan semula itu amat diperlukan bagi meningkatkan kapasiti pembekalan air terawat di Pahang, yang buat masa ini masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan.
"Penstrukturan semula ini juga dapat memastikan pembangunan pada masa akan datang berupaya untuk menampung keperluan air oleh pihak industri dan penduduk Pahang," katanya.
Pada majlis itu, Abdul Hadi Abdul Hadi menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada kepada 10 institusi terkesan banjir di Pahang selain mengagihkan bantuan berupa makanan dan keperluan harian kepada 1,000 keluarga di sekitar daerah ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAAB
#Abdul Hadi Ali
#PAIP
#loji rawatan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan