KUANTAN: Peruntukan sebanyak RM920 juta telah diluluskan bagi menambah baik infrastruktur air terawat di Pahang bagi tempoh tiga tahun bermula tahun 2021, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Abdul Hadi Ali.
Beliau berkata tiga fokus utama yang diberi perhatian dalam usaha itu ialah membina lebih banyak loji rawatan air, menaik taraf loji sedia ada, dan mengganti paip lama yang sering menyebabkan ketirisan hasil air terawat.
PAAB juga, menurut Abdul Hadi akan berkerjasama rapat dengan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam pelaksanaan perkara tersebut, yang merupakan sebahagian daripada pakej penstrukturan semula air yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Peruntukan RM920 juta yang telah diluluskan itu dikeluarkan berdasarkan pelan perniagaan dan pengalaman lepas, tetapi mungkin ada kawasan yang lebih diutamakan dari aspek pembangunan prasarananya dan ia bergantung kepada PAIP.
"Perancangan pembinaan tiga loji rawatan air baharu di Kuantan, Temerloh dan Rompin pula, dijangka akan memakan masa antara empat hingga lima tahun, manakala penaiktarafan loji sedia ada dianggar dalam tempoh satu atau dua tahun," katanya.
Abdul Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Misi Pasca Banjir PAAB Prihatin di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail di Paya Besar di sini pada Ahad.
Turut hadir CEO PAIP Saiful Zaini Mohd Bokhari.
Sementara itu, Saiful Zaini berkata penstrukturan semula itu amat diperlukan bagi meningkatkan kapasiti pembekalan air terawat di Pahang, yang buat masa ini masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan.
"Penstrukturan semula ini juga dapat memastikan pembangunan pada masa akan datang berupaya untuk menampung keperluan air oleh pihak industri dan penduduk Pahang," katanya.
Pada majlis itu, Abdul Hadi Abdul Hadi menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada kepada 10 institusi terkesan banjir di Pahang selain mengagihkan bantuan berupa makanan dan keperluan harian kepada 1,000 keluarga di sekitar daerah ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 06 2022
Tiga fokus utama ialah membina lebih banyak loji rawatan air, menaik taraf loji sedia ada, dan mengganti paip lama. -Gambar hiasan
[TERKINI] Setiap pokok terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula.
Gerakan Blockout 2024 ada akaun IG senarai artis tempatan perlu, tak perlu boikot
Salah satu cara ialah dengan memboikot selebriti, pempengaruh yang tidak menggunakan media sosial untuk bersuara berhubung kekejaman Israel.
Bunuh, bakar kekasih hamil: Tertuduh dibenar rujuk pakar psikiatri
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan seorang pemuda didakwa membunuh kekasihnya yang hamil, dirujuk kepada pakar psikiatri.
Kecederaan sukan: Fahami keupayaan tubuh, elak kecederaan ACL & PCL
Kecederaan sukan boleh berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai.
Bagaimanapun, menurut Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik UKM Specialist Centre Sdn Bhd, Profesor Madya Datuk Dr Badrul Akmal Hisham, kecederaan lutut yang menyebabkan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) dan Ligamen Krusiat Belakang (PCL) adalah antara yang selalu berlaku.
Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai.
Bagaimanapun, menurut Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik UKM Specialist Centre Sdn Bhd, Profesor Madya Datuk Dr Badrul Akmal Hisham, kecederaan lutut yang menyebabkan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) dan Ligamen Krusiat Belakang (PCL) adalah antara yang selalu berlaku.
[TERKINI] Pemandu rempuh atlet kayak negara di bawah pengaruh alkohol
Pemandu kereta yang merempuh atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elis berada dalam keadaan mabuk menerusi ujian saringan penafasan yang dijalan pihak polis.
Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah
Polis sudah menahan pemandu lelaki mabuk yang menyebabkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, cedera parah dalam kemalangan di Johor.
Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah
Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah.
Mbappe pasti ke Real Madrid
PRESIDEN La Liga, Javier Tebas berkata, penyerang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid musim depan.
AWANI Ringkas: Hari Belia Negara 2024 membuka tirai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memaklumkan bahawa Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa 23 April 2024.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pengurusan Aset Air lantik Zulkiflee Omar sebagai CEO baharu
Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melantik Zulkiflee Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 1 Disember.
PAAB akan beri penjelasan kepada Terengganu
Setakat ini, hanya Terengganu satu-satunya negeri di Semenanjung yang masih belum menyertai perjanjian dengan PAAB.
RM920 juta diluluskan untuk tambah baik infrastruktur air Pahang
Tiga fokus utama yang diberi perhatian dalam usaha itu ialah membina lebih banyak loji rawatan air, menaik taraf loji sedia ada, dan mengganti paip lama.
Kerajaan Pusat hapus pinjaman air Perlis bernilai RM185.41 juta
Kerajaan Pusat bersetuju menghapus kira pinjaman kerajaan Perlis berjumlah RM185.41 juta susulan pelaksanaan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air.
Kerajaan Persekutuan hapus kira RM2.1 billion pinjaman negeri Pahang
Ia membabitkan pinjaman bekalan air luar bandar berjumlah RM1 bilion dan 'novasi' pinjaman kerajaan Pahang, kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berjumlah RM1.1 bilion.
Empat perjanjian baru kukuhkan penstrukturan air Selangor - Maximus
Perjanjian itu melibatkan perjanjian kemudahan, perjanjian pajakan, perjanjian hak guna dan perjanjian penyelesaian.