Semua penggubal dasar digesa supaya mengambil maklum tentang harapan dan hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membina sebuah negara yang memberi manfaat kepada semua pihak.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Dr Mahathir menyatakan dengan jelas apabila beliau menyentuh tentang pembangunan negara yang perlu dinikmati oleh semua rakyat.
Beliau berkata perdana menteri menghantar mesej yang sangat penting apabila beliau menyebut tentang Persekutuan dan Bangsa Malaysia semasa membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat hari ini.
"Jangan ada lagi sesiapapun yang merasakan diri mereka dipinggirkan daripada arus perdana pembangunan, yang juga tidak boleh diabaikan di negeri atau wilayah tertentu.
"Ini menunjukkan keikhlasan perdana menteri dalam memastikan kesaksamaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan wilayah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Shafie, yang juga Anggota Parlimen Semporna dan menghadiri persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata Sabah dan Sarawak bersuara lantang dalam meminta agar kemakmuran serta kekuasaan dibahagi secara adil.
Dalam lawatan beliau ke Kota Kinabalu bulan lepas, Dr Mahathir memberi penekanan tentang status samarata bagi Sabah serta Sarawak dan mengulangi ikrar beliau itu di Parlimen.
Di bawah Kajian Separuh Penggal RMK11, projek pembangunan di Sabah dan Sarawak, termasuk projek infrastruktur asas seperti bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar, akan dipertingkatkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Pembinaan 106 menara telekomunikasi baharu dan menaik taraf 400 menara sedia ada akan meningkatkan liputan jalur lebar di kawasan luar bandar kedua-dua negeri.
Kira-kira 7,000 buah rumah mampu milik akan dibina selain penambahbaikan 400 buah sekolah yang uzur, manakala kerja pengukuran dan pemetaan Tanah Hak Adat akan dilaksanakan bagi membolehkan tanah itu dimajukan.
Kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak akan diperkasakan menerusi penawaran pelbagai program khusus, peluang dalam bidang pendidikan di samping latihan kemahiran dan keusahawanan.
Bernama
Thu Oct 18 2018
Mohd Shafie, yang juga Anggota Parlimen Semporna dan menghadiri persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata Sabah dan Sarawak bersuara lantang dalam meminta agar kemakmuran serta kekuasaan dibahagi secara adil. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.