Pelbagai pihak boleh sahaja mengkritik semberono tanpa mengkaji dan meneliti setiap intipati RMK-11 dengan objektif.
Perlu disedari, penyediaan satu pelan menuju negara maju berpendapatan tinggi, inklusif dan mampan bukan satu kerja yang mudah.
Tema RMK11 iaitu Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat, sudah cukup untuk menggambarkan rakyat diutamakan dalam pelaksanaan RMK-11.
BACA: Apa itu Rancangan Malaysia Ke-11?
Apatah lagi, kesemua 6 teras strategik telah diperkenalkan adalah bagi menangani semua keperluan rakyat.
Penyediaan RMK11 adalah berpandukan Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berasaskan modal dengan pelaksanaan program dan projek berimpak tinggi, boleh dilaksanakan dengan pantas serta kos yang rendah kepada Kerajaan.
RMK11 berteraskan prinsip Bangsa Malaysia yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat. RMK11 ini disifatkan sebagai kemuncak 30 tahun perjalanan menuju Wawasan 2020 mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.
BACA: RMK11: Ucapan penuh pembentangan oleh PM Najib
Walaupun negara sedang berdepan cabaran semasa berikutan kejatuhan harga minyak mentah yang melemahkan Ringgit, keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara mengalami pertumbuhan sekitar 5 hingga 6 peratus dan masih berada di landasan yang betul menuju negara membangun menjelang tahun 2020.
Ketua MIDF Research, Zulkifli Hamzah berkata, kemampuan Malaysia untuk mencatatkan KDNK yang tinggi pada suku tersebut mencerminkan kepelbagaian aktiviti ekonomi negara.
Mengikut beliau lagi, untuk keseluruhan tahun 2014, pertumbuhan 6.0 peratus adalah satu angka yang positif kerana ada yang menjangkakan KDNK jatuh di bawah paras tersebut.
Seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam RMK11 di mana Pekali Gini berjaya dikurangkan dari 0.441 kepada 0.401 melepasi sasaran 0.420, pendapatan isi rumah B40 berjaya ditingkatkan daripada RM1,440 pada tahun 2009 kepada RM2,537. Manakala, insiden kemiskinan berjaya dikurangkan kepada 0.6% berbanding 3.8% pada tahun 2009.
Pencapaian ini adalah hasil daripada langkah positif pelaksanaan program-program dibawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bersama-sama dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah menghasilkan faedah ekonomi yang banyak memanfaatkan rakyat.
BACA: RMK11: Peluang ekonomi Bumiputera diperkukuh tingkatkan pemilikan kekayaan
Justeru itu, adalah satu fakta yang diyakini sasaran-sasaran RMK11 seperti untuk mengurangkan Pekali Gini dari 0.401 kepada 0.385 serta meningkatkan pendapatan bulanan purata isi rumah dari RM2,537 kepada RM5,270 dan menambah pendapatan bulanan penengah isi rumah dari RM2,629 kepada RM5,701 dan sebagainya dapat direalisasikan seperti yang dirancang dengan komitmen pelaksanaan berpaksikan integriti, cekap dan berkesan.
BACA: Rasionalisasi sektor awam antara usaha di bawah RMK11
Dalam RMK11, Perdana Menteri juga telah menyebut bahawa mencapai sasaran sosio ekonomi yang lebih saksama, sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam negara, yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama.
Sehubungan dengan itu, sesungguhnya, perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah elemen utama di dalam memastikan aspirasi Wawasan 2020 dapat dicapai.
Walau bagaimanapun, sememangnya mutakhir ini semakin banyak perlakuan menghasut di sebalik wajah kebebasan bersuara mempunyai implikasi negatif yang amat besar jika dibiarkan terus berlarutan. Tahniah kepada kesungguhan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana kegigihan dan kesungguhan beliau sehingga Parlimen Malaysia telah meluluskan RUU Akta Hasutan (Pindaan) 2015 yang penting untuk membendung masalah sebegini pada sesi mesyuarat yang lepas.
BACA: RMK11: Pemacu terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020
Saya mencadangkan agar Akta SKMM juga dipinda bagi mewujudkan kaedah pencegahan yang seiring falsafah Perlembagaan dan Rukunegara. Malaysia perlu berani meminda segala dasar terbuka mengikut acuan dan perkembangan mutahir situasi negara.
Saya melahirkan kebimbangan benih-benih penghinaan sesetengah pihak, lebih-lebih lagi melalui media sosial dan sebagainya yang menggugat perpaduan dan dapat menghancurkan masa depan negara yang dibina sejak 57 tahun.
Ini ditambah lagi dengan puak-puak yang cuba memisahkan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Semenjak terbentuknya Malaysia pada tahun 1963, Sabah dan Sarawak bersama dengan Semenanjung Malaysia telah berkongsi suka duka serta menempuh pelbagai cabaran yang menduga keharmonian dan kemuafakatan rakyatnya.
BACA: Enam teras strategik RMK11 pelan akhir menuju Wawasan 2020
Saya ingin memetik kata-kata Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2014 bahawa ‘Pada 16 haribulan September 1963 pula, termaktub peristiwa bersejarah penggabungan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia. Terbukti jelas, kebersamaan dan kebersatuan ini telah membawa berjuta rahmat kepada Malaysia.’
Sesungguhnya, semangat perpaduan yang masih kukuh di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum amat membanggakan. Menyedari kepentingan untuk mengekalkan perpaduan yang sedia ada, pada 25 Februari 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa Rancangan Rekonsilasi Nasional akan dilaksanakan.
Adalah amat dipercayai bahawa Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak, sesungguhnya amat maklum mengenai sentimen anti Semenanjung yang dipamerkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu di laman-laman sosial khususnya. Sentimen ini telah mencapai satu tahap yang kritikal yang wajar diberikan perhatian dan tindakan segera.
BACA: Kerajaan terus fokus keutamaan rakyat di bawah RMK-11 - Najib
Sekiranya dibiarkan berlarutan, isu ini bakal menjadi kanser yang akan memecah-belahkan rakyat Malaysia. Sememangnya, RUU Akta Hasutan (Pindaan) 2015 yang menjurus kepada perbuatan atau tindakan sebegini adalah bertepatan dan sesuai supaya ia tidak mengancam perpaduan yang telah lama kita pelihara.
Walaupun kita tidak boleh kompromi dengan puak-puak pemisah ini, namun adalah juga wajar meneliti persoalan mengapa penularan sentimen sebegini timbul selepas 52 tahun pembentukan Malaysia? Apakah rasional terdapat rakyat di Sabah dan Sarawak yang menyokong pergerakan seperti Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan sebagainya.
Perkara sentimen ini tidak boleh dipandang ringan. Tidak ada pihak yang harus memperlekehkan isu-isu berkaitan dengan sentimen yang dapat mengancam perpaduan negara.
Pelan Rekonsiliasi Nasional harus dilaksanakan dengan segera dengan mengenepikan semua perbezaan agar ianya menjadi platform wakil-wakil dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk mencari penyelesaian terbaik demi memelihara perpaduan dan menjadikan Malaysia, kekal Malaysia.
Tidak dinafikan bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), agensi di bawah seliaan Tan Sri Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang melakukan yang terbaik dalam menjamin perpaduan di negara terus dipelihara dan diperkukuh.
Selaras dengan itu, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan untuk meneliti cadangan untuk membangunkan Indeks Perpaduan Negara, dengan izin, National Unity Index dengan mengambil kira indikator-indikator yang berkait rapat dengan perpaduan dengan mengukur pelbagai dimensi perpaduan nasional supaya kita mempunyai satu pengukuran saintifik dalam negara mengenai status perpaduan dalam negara.
Indeks yang dimaksudkan ini juga menyerupai Australian Unity Wellbeing Index. Indeks ini boleh menjadi pelengkap kepada Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia dalam negara serta Indeks Keamanan Global, atau dengan izin, Global Peace Index, dan seumpamanya di peringkat antarabangsa yang sering dijadikan rujukan.
Saya juga menyokong cadangan untuk mewujudkan satu dasar induk bagi tujuan perpaduan negara untuk membolehkan polarisasi kaum yang semakin ketara dapat ditangani.
Dalam konteks ini, saya berpendapat Dasar Kesederhanaan Negara atau Dasar Wasatiyah Negara dapat dirangka dan Indeks Perpaduan Negara dapat dijadikan sandaran dalam merangka dasar baharu ini.
Dasar ini penting untuk memastikan rakyat sentiasa bersatu mempertahankan kedaulatan, martabat dan kelangsungan negara dan bermegah sebagai warga yang bertanggungjawab, dengan menjadikan kesederhanaan atau wassatiyah sebagai pegangan yang membolehkan kita tidak hilang apa yang sudah diwarisi malahan boleh diperteguhkan dengan fitrah untuk saling kenal mengenali dengan lebih baik lagi.
Semua rancangan dan pelan Kerajaan tidak mungkin berjaya tanpa komitmen dan kerjasama semua pihak. Maka, saya berharap semua pihak mengenepikan perbezaan masing-masing, dan bersama-sama menjayakan RMK 11 seperti hasrat yang terkandung dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia tempohari.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Datuk Irmohizam Ibrahim merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Presiden Majlis Belia Selangor.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Astro Awani
Fri May 29 2015
IRMOHIZAM: RMK11: Perpaduan kaum teras kesejahteraan rakyat - Gambar fail
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Industri acara perniagaan perlu tingkat kerjasama sektor awam, swasta - Irmohizam
Industri acara perniagaan secara langsung menjana lebih banyak keluaran (jualan perniagaan) daripada banyak sektor global yang besar.
Irmohizam terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat CEO Korporat - WDETS
Anugerah tersebut memberi mesej penting akan peranan ekonomi digital dalam masyarakat kini terutama selepas pandemik COVID-19.
COVID-19: Jumlah kehadiran penerima vaksin di PPV WTC KL cecah 18,000 sehari - Irmohizam
Irmohizam berkata orang ramai diminta bersabar serta mengikuti arahan dan SOP yang ditetapkan bagi melancarkan urusan pemberian vaksin.
Irmohizam muncul anak tempatan pertama dilantik Profesor Pelawat di Universiti Huaqiao
Huaqiao University ditubuhkan oleh pada tahun 1960 dan merupakan antara universiti terawal di republik itu yang menerima bilangan pelajar Malaysia yang ramai.
Irmohizam bakal wakili negara di Perhimpunan Agung WTCA di New York
Irmohizam merupakan rakyat Malaysia pertama menyandang kerusi dalam Majlis Penasihat Anggota (MAC) World Trade Centers Association (WTCA).
Manifesto BN inklusif termasuk negeri pembangkang - Irmohizam
Manifesto BN lebih mementingkan serta memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang besifat serius dan ikhlas.
Dakwaan Azmin Ali dalam twitter tindakan terdesak Irmohizam
Dakwaan Azmin Ali yang mendedahkan kononnya seorang menteri kanan akan meletakkan jawatan dalam catatan Twitter peribadinya pada Jumaat dilihat sebagai tindakan terdesak.