awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK-12: Malaysia sasar jadi hab pengangkutan, logistik menjelang 2025

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/09/2021
03:30 MYT
RMK-12: Malaysia sasar jadi hab pengangkutan, logistik menjelang 2025
Inisiatif itu meliputi usaha meningkatkan kecekapan dan memanfaatkan pendigitalan dalam perkhidmatan. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia bakal merangka beberapa inisiatif bagi meningkatkan daya saing sektor pengangkutan dan logistik, sekali gus menjadikan negara sebagai hab pengangkutan dan logistik di rantau ini menjelang 2025.
Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (ICU) pada Isnin, inisiatif itu meliputi usaha meningkatkan kecekapan dan memanfaatkan pendigitalan dalam perkhidmatan berkenaan.
"Pelaksanaan inisiatif ini akan menyumbangkan kepada penambahbaikan proses pengendalian kargo, peningkatan jumlah kargo dan pengukuhan perdagangan," kata dokumen itu.
Antara inisiatif yang digariskan ialah meningkatkan kecekapan perkhidmatan pengangkutan dan logistik, menambah baik infrastruktur dan kapasiti perkhidmatan pelabuhan serta mempertingkatkan ketersambungan batuan akhir.
Antara yang diberi tumpuan adalah menggalakkan pergerakan barangan pelbagai mod, menaik taraf sistem penerbangan dan melaksanakan penyenggaraan pencegahan bagi jalan raya dan jambatan.
Dengan itu, menurut dokumen tersebut, ia akan memastikan proses pengendalian kargo adalah cekap, sistem yang digunakan dalam sektor penerbangan mematuhi piawaian antarabangsa serta jalan raya dan jambatan berada dalam keadaan baik.
Sehubungan itu, pengendali pelabuhan digesa untuk menyediakan perkhidmatan yang baik bagi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kapal di bawah selia pihak berkuasa pelabuhan.
Justeru, dokumen itu menyatakan kemudahan parkir yang lebih sesuai juga akan disediakan untuk prime movers bagi mengurangkan kesesakan di pelabuhan semasa waktu puncak.
"Kemudahan dan peralatan pelabuhan akan dinaik taraf dan proses kerja akan sentiasa ditambah baik untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing yang menyeluruh," jelas dokumen itu lagi.
Topic Berkaitan
#Rancangan Malaysia Ke-12
#sektor pengangkutan
#hab pengangkutan
#Asia Tenggara
#RMKe-12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan