awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK13: EAIC sambut baik penekanan kerajaan terhadap isu integriti

Bernama
Bernama
01/08/2025
14:30 MYT
RMK13: EAIC sambut baik penekanan kerajaan terhadap isu integriti
ISMAIL: EAIC menyokong usaha ini bagi memperkukuh sistem semak dan imbang dalam penyampaian perkhidmatan awam serta menangani aduan rakyat dengan lebih menyeluruh, bebas dan berkesan. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menyambut baik penekanan serius kerajaan terhadap isu integriti, salah guna kuasa dan ketirisan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), selaras dengan peranan EAIC sebagai badan pemantau agensi penguatkuasaan.
Pengerusinya Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata komitmen kerajaan untuk memperkukuh tatakelola dan memastikan tindakan yang diambil bersifat telus serta berteraskan kebertanggungjawaban amat bertepatan dalam usaha memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi negara.
"Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kadangkala yang merosakkan kepercayaan rakyat bukan semata-mata salah laku, tetapi kegagalan untuk bertindak apabila berlaku ketidakadilan.
"Budaya integriti bukan hanya tanggungjawab penjawat awam atau agensi penguat kuasa, tetapi mesti diterapkan di semua peringkat termasuk sektor swasta dan masyarakat. Ini penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi negara terus terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail turut menyifatkan inisiatif penubuhan Ombudsman Malaysia merupakan langkah yang amat bertepatan pada masanya, selaras dengan agenda reformasi institusi yang sedang dilaksanakan.
"EAIC menyokong usaha ini bagi memperkukuh sistem semak dan imbang dalam penyampaian perkhidmatan awam serta menangani aduan rakyat dengan lebih menyeluruh, bebas dan berkesan," katanya.
Langkah menambah baik tatakelola dan memperkukuh tadbir urus menerusi RMK13 menyumbang secara langsung kepada pencapaian aspirasi Kerajaan MADANI untuk meletakkan Malaysia di tangga 25 negara teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Menurut dokumen RMK13 dikeluarkan Kementerian Ekonomi semalam, penekanan untuk memperkukuh integriti dan akauntabiliti, mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memantapkan pengurusan fiskal itu juga menyasarkan Malaysia berada di kedudukan 12 teratas dalam IMD World Competitiveness Yearbook.
Selain itu, langkah menambah baik tatakelola dijangka membantu mengurangkan defisit fiskal kepada di bawah tiga peratus dan memastikan paras hutang tidak melebihi 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#EAIC
#ismail bakar
#RMK13
#integriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan