MALAYSIA
RMK13: Tumpu tiga kebijakan utama, titik tolak kerajaan angkat martabat rakyat - PM Anwar

Dengan tema “Melakar Semula Pembangunan”, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan itu adalah titik tolak kepada usaha kerajaan mengangkat martabat rakyat dan generasi akan datang.
KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) menjadi pemacu utama transformasi negara dengan menekankan peralihan menyeluruh ke arah pendigitalan, teknologi termaju termasuk kecerdasan buatan (AI), serta pembangunan sistem sosial.
Ringkasan AI
- RMK13 bertemakan -Melakar Semula Pembangunan- menjadi pemacu transformasi negara dengan fokus kepada pendigitalan, teknologi termaju termasuk kecerdasan buatan (AI), serta pembangunan sistem sosial berteraskan insan Madani.
- Tiga kebijakan utama RMK13 ialah pentadbiran berasaskan tatakelola baik untuk agihan kekayaan yang adil, peningkatan kerencaman ekonomi melalui penciptaan nilai dalam semua sektor, dan pembangunan terangkum serta responsif bagi meningkatkan darjat kehidupan rakyat.
- Penekanan turut diberikan kepada pembangunan industri bernilai tinggi (HGHV), pertumbuhan mampan dan seimbang, serta pengukuhan kedudukan Malaysia di persada ekonomi dunia melalui budaya mencipta dan penghasilan produk tempatan yang berdaya saing.
Selain itu, meningkatkan kerencaman ekonomi secara menyeluruh kepada penciptaan nilai dalam semua sektor ekonomi, kata Anwar.
"Peralihan ini bermatlamat untuk memperkukuh kedudukan ekonomi negara, umpama menaikkan siling atau bumbung. Tunjang utama peralihan ini adalah pendigitalan dan teknologi termaju, terutama AI.
"Penekanan akan diberikan kepada pembangunan industri HGHV dan sektor strategik yang bernilai tinggi, pertumbuhan yang terangkum, mampan dan seimbang, serta pengukuhan kedudukan Malaysia di persada ekonomi dunia. Justeru, budaya mencipta menjadi agenda terpenting dalam melonjakkan penghasilan produk dan perkhidmatan tempatan yang berdaya saing," katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat pada Khamis.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menambah, kebijakan ketiga melibatkan pembangunan yang terangkum dan responsif dengan keutamaan untuk meningkatkan darjat kehidupan rakyat.
Jelas beliau, usaha akan dipergiat untuk membantu rakyat menangani beban kos sara hidup, membentuk sistem sosial negara berteraskan insan Madani, mempertingkatkan mutu kehidupan serta memperkukuh tahap sosioekonomi golongan sasar ke arah mencapai kehidupan wajar.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami