awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Robert Kuok nafi biayai parti politik untuk gulingkan kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2018
11:23 MYT
Robert Kuok nafi biayai parti politik untuk gulingkan kerajaan
Kuok luah penghormatan tertinggi buat pemimpin negara dan yakin mereka melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat. - Facebook/Robert Kuok Hock Nien
Pengasas Kuok Group, Tan Sri Robert Kuok menafikan dakwaan beliau menyumbang sejumlah wang kepada mana-mana parti politik atau organisasi untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Kuok yang juga merupakan individu paling kaya di Malaysia, menjelaskan beliau sangat menghormati barisan pemimpin negara dan yakin mereka telah melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat.
Kenyataan itu juga menyebut, Kuok, 92 tahun, masih mengingati asal usulnya dan sangat menghargai sumbangan serta kerjasama yang diterima dari seluruh warga negara ini dalam membangunkan empayarnya.
Kenyataan itu merupakan balasan kepada laporan beberapa media sebelum ini yang antara lainnya menyebut Kuok membiayai The Malaysian Insight dan beberapa parti politik dengan tujuan menggulingkan kerajaan Malaysia dan akan memulakan kempen untuk memanipulasi proses politik serta sistem demokrasi Malaysia.
BACA: 'Malaysia tak perlukan penakut seperti Robert Kuok' - Nazri Aziz
BACA: Robert Kuok kekal individu paling kaya buat kali ke-11
Berikut adalah kenyataan penuh Kuok:
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Kuok pada Isnin.
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Kuok pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#kerajaan
#Malaysia
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#politik
#rakyat
#Robert Kuok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan