GADGETS
Robot sertai manusia dalam separuh maraton di Beijing

Robot Humanoid Half-Marathon Sky Project Ultra mendekati garisan penamat pada acara separuh matahon di Beijing, 19 April 2025. -AP
BEIJING: Suasana luar biasa mewarnai separuh maraton di ibu negara China pada Sabtu apabila kira-kira 20 robot humanoid menyertai lebih 10,000 pelari manusia dalam perlumbaan sejauh 21 kilometer.
Ringkasan AI
- Kira-kira 20 robot humanoid menyertai lebih 10,000 pelari manusia dalam separuh maraton di Beijing, China, dengan robot Tiangong Ultra menamatkan perlumbaan dalam masa lebih dua jam 40 minit.
- Laluan khas dengan penghadang keselamatan disediakan bagi memisahkan robot daripada peserta manusia, dan robot berhenti di stesen bantuan teknikal untuk bateri dan peralatan pembaikan.
- Acara ini lebih sebagai demonstrasi teknologi, menunjukkan usaha China memperkukuh pembangunan dalam kecerdasan buatan dan robotik.
Laluan khas dengan penghadang keselamatan disediakan bagi memisahkan robot daripada peserta manusia, memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang perlumbaan.
Berbeza daripada manusia yang singgah di stesen sokongan untuk mendapatkan air dan makanan ringan, robot-robot ini berhenti di stesen bantuan teknikal yang menyediakan bateri dan peralatan pembaikan. Jurutera turut dibenarkan melakukan pelarasan terhadap robot masing-masing sepanjang perlumbaan berlangsung.
Acara ini dilihat lebih sebagai satu demonstrasi teknologi berbanding persaingan sebenar.
China kini giat memperkukuh pembangunan dalam bidang kecerdasan buatan dan robotik, selari dengan usaha negara itu untuk merangsang ekonomi dan bersaing secara lebih agresif dalam bidang teknologi dengan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami