awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rodzi Md Saad dilantik Ketua Pengarah MAMPU

Bernama
Bernama
30/05/2023
09:55 MYT
Rodzi Md Saad dilantik Ketua Pengarah MAMPU
MAMPU dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Rodzi, adalah bagi menggantikan Datuk Seri Dr Yusof Ismail. - Gambar Twitter @MAMPUJPM
KUALA LUMPUR: Datuk Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
MAMPU dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Rodzi, 59 adalah bagi menggantikan Datuk Seri Dr Yusof Ismail.
"Beliau (Rodzi) telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuklah keselamatan dan pengurusan bencana," menurut kenyataan itu.
Rodzi yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, sejak 15 Julai 2021 telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuklah keselamatan serta pengurusan bencana.
Beliau mempunyai kelulusan di peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi daripada Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) daripada Universiti Malaya.
Pada masa yang sama, MAMPU turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yusof atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada agensi itu.
Sementara itu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan yang berasingan mengucapkan tahniah dan syabas atas pelantikan Rodzi.
"Semoga pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah MAMPU akan memacu kecemerlangan MAMPU dalam menerajui pemodenan penyampaian perkhidmatan awam melalui inovasi dan pendigitalan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAMPU
#Rodzi Md Saad
#Ketua Pengarah
#Yusof Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan