JEMPOL: Remaja lelaki berusia 15 tahun yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak bulan lalu telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney.
Majistret, Norshazwani Ishak membuat keputusan itu selepas meneliti laporan sosial remaja terbabit yang dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mahkamah memerintahkan remaja itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka selama tiga tahun, bermula Selasa.
Malah, ibu bapa atau penjaganya hanya dibenarkan melawat remaja itu sekali sahaja dalam tempoh sebulan.
Media pada 23 Februari lalu melaporkan tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya sendiri pada jam 11 malam hingga 12 tengah malam di antara 21 Jun hingga 30 Jun 2022 di sebuah kediaman di Jempol.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama pada waktu sama di antara 1 September 2022 hingga 10 September 2022.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan.
Mengikut fakta kes, adik kandung tertuduh berusia 14 tahun melahirkan bayi lelaki cukup sifat.
Ketika seorang pegawai perubatan bersama kakitangan klinik kesihatan datang ke rumah, remaja itu berada di atas katil di ruang tamu dan bayi berkenaan berada di dalam besen serta keadaan uri masih bersambung.
Pegawai berkenaan, kemudiannya memotong tali pusat bayi dan membawa ibu dan anak ke klinik kesihatan untuk rawatan sebelum dirujuk ke hospital. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 22 2023

Mahkamah memerintahkan remaja itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka selama tiga tahun, bermula Selasa. -Gambar hiasan

Sukan Asia: Ayuh Malaysia, bangkit ke arah Paris 2024!
China merupakan juara keseluruhan Sukan Asia sejak 1982 dan sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini, sudah pasti mereka mahu menggapai kegemilangan yang luar biasa apabila acara berpingat bermula secar

Melaka laksana penggunaan satu pas, satu harga lawat muzium
Perbadanan Muzium Melaka laksana penggunaan pas masuk secara berpakej untuk melawat muzium di bawah kendalian agensi itu pada satu bayaran.

Hantaran Taylor Swift di Instagram pecah rekod pendaftaran undi
Penyanyi "Only the Young" itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

Murid ditampar: Polis akan rakam keterangan guru, beberapa individu
Polis akan merakam keterangan seorang guru dan beberapa individu lain bagi siasatan lanjut berkaitan dakwaan seorang murid yang ditampar.

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.
Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru
Penemuan itu ditemui sewaktu pekerja dari syarikat gas Calidda sedang melakukan penggallian di Carabayllo.

Rogol adik kandung: Abang mangsa dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Majistret, Norshazwani Ishak membuat keputusan itu selepas meneliti laporan sosial remaja terbabit yang dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).