awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol anak kandung, bapa dihukum penjara 54 tahun, 21 sebatan

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2016
10:40 MYT
Rogol anak kandung, bapa dihukum penjara 54 tahun, 21 sebatan
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 54 tahun serta 21 sebatan setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sendiri beberapa kali di kediaman mereka di Kampung Sinjan, Kuching pada November lalu.
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 54 tahun serta 21 sebatan setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sendiri beberapa kali di kediaman mereka di Kampung Sinjan, di sini, pada November lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuching, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu mengikut Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa pada 12, 20 dan 21 November 2016.
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada 25 November lalu sekitar jam 10.30 pagi selepas polis menerima laporan daripada ahli keluarga terdekat mangsa.
Siasatan lanjut mendapati mangsa dipaksa melayan kemahuan seks ayahnya kerana terlalu takut dicederakan sekiranya enggan menuruti kehendak suspek.
Mahkamah dalam pada itu memerintahkan mangsa dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sesi kaunseling kerana mangsa didapati mengalami trauma teruk akibat kejadian tersebut.
Mangsa merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik dengan lima daripadanya adalah perempuan.
Topic Berkaitan
#Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad
#Kampung Sinjan
#rogol anak kandung
#sumbang mahram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan