KUALA LUMPUR: Gadis yang kisahnya tular kerana ditinggalkan ibu tanpa kerakyatan ketika masih bayi, bakal mencapai cita-citanya untuk melanjutkan pengajian tinggi selepas menerima tawaran mengikuti pengajian Diploma Sains Komputer daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini.
Rohana, 22, menerima tawaran itu setelah mendapat taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan pada April lepas apabila kisah hidupnya tular menerusi media sosial sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Rohana yang dijaga seorang bekas guru berbangsa Cina, Chee Hoi Lan, berkata beliau amat bersyukur atas peluang yang diberi dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang agar dapat menyumbang semula kepada masyarakat setempat.
"Saya tidak tahu bagaimana hendak ucap terima kasih, sangat bersyukur dengan hadiah yang dikurniakan Allah kerana ini memang satu perkara yang saya impikan sejak lama.
"Terima kasih juga kepada pihak UTEM. Walaupun saya lebih meminati bidang perubatan, Sains Komputer ini adalah bidang pilihan kedua saya dan 'laoshi' (Chee) juga menyokongnya. Jadi, saya akan lakukan yang terbaik untuk membalas jasanya," katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaakob, Kampung Batu.
Rohana ditemui pemberita selepas menerima surat tawaran pengajian berkenaan daripada Naib Canselor UTeM Prof Dr Massila Kamalrudin di kediaman Chee di Batu 5, Jalan Ipoh di sini hari ini.
Menurut Rohana, dia akan bertolak bersama Chee ke Melaka esok kerana pendaftaran kemasukan ke program UTeM itu adalah pada Isnin.
Katanya dia masih melakukan beberapa persiapan kerana hanya dimaklumkan mengenai tawaran itu pada Sabtu lepas sebelum disahkan hari ini.
"Ada beberapa barangan keperluan belum dibeli dan saya juga sedang mencari pembantu rumah yang dapat menjaga laoshi (Chee) sepanjang ketiadaan saya.
"Kebelakangan ini dia (Chee) sering menangis apabila mengenangkan kami akan berjauhan jadi adalah lebih elok sekiranya ada orang temankan dia sekali-sekala di rumah sementara menunggu kepulangan saya pada hujung minggu," katanya.
Sementara itu, Chee berkata ini adalah kali pertama dia akan berjauhan dengan Rohana dan berharap gadis itu dapat menjaga dirinya dengan baik sepanjang pengajian.
"Saya harap dia (Rohana) tidak lupakan saya. Kalau ada masa terluang baliklah sini tengok (jenguk) saya. Apabila habis belajar nanti, saya harap dia boleh jadi pakar Internet (teknologi maklumat)," katanya.
Dalam pada itu, Massila berkata Rohana adalah antara tiga individu yang terpilih untuk mengikuti projek rintis Program Anak Emas UTeM yang baru dimulakan.
Massila berkata program itu memberi peluang kepada pelajar cemerlang daripada keluarga tidak bernasib baik untuk melanjutkan pengajian di UTeM, dengan kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Tun Canselor.
"Rohana adalah pelajar pertama bagi program ini. Dia menepati ciri-ciri yang dimahukan iaitu dari golongan yang memerlukan seperti anak tunggal dan B40 dan mempunyai keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang," katanya.
Kisah Rohana sebelum ini tular kerana dibesarkan oleh Chee sejak berusia dua bulan selepas ditinggalkan ibu kandungnya ke Indonesia.
Ketiadaan kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri menyebabkan kehidupan Rohana menjadi sukar dan tidak dapat menyambung pengajian ke universiti, sebelum isu mengenainya mendapat perhatian perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022
Rohana yang dijaga seorang bekas guru berbangsa Cina, Chee Hoi Lan, berkata beliau amat bersyukur atas peluang yang diberi dan akan berusaha bersungguh-sungguh. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Wanita Cina besarkan gadis Islam terima Anugerah Maulidur Rasul
Seorang pesara guru tadika berbangsa Cina, Chee Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini.
Airmata gembira Rohana terima taraf kewarganegaraan
Air mata gembira mengiringi Rohana Abdullah ketika dia melangkah ke atas pentas di Kementerian Dalam Negeri hari ini untuk mendapatkan taraf kewarganegaraannya.
Tiada masalah beri sijil kerakyatan jika dokumen lengkap - Hamzah
Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi sijil kerakyatan jika pemohon mempunyai segala dokumen sah yang diperlukan.