awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rohana setuju pulangkan aset berkaitan kes 1MDB

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2022
04:58 MYT
Rohana setuju pulangkan aset berkaitan kes 1MDB
Rohana sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa dan SPRM dalam siasatan kes itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner kepadanya.
Menurut sumber dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rohana menghubungi SPRM dan menyatakan persetujuan menyerahkan aset dimilikinya daripada Leissner yang menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebelum ini, Leissner memberitahu Mahkamah New York dia memberi Rohana AS$10 juta yang mana bekas pegawai tertinggi Astro itu membeli sebuah rumah bernilai AS$7 juta di Montpelier Street, London.
Rohana sebelum ini menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa dan SPRM dalam siasatan kes itu.
Leissner ialah saksi utama pendakwaan bagi perbica­raan bekas rakan sekerja­nya di Goldman Sachs, Roger Ng, yang didakwa membantu menyeleweng dana kekayaan 1MDB milik Malaysia ketika skim itu wujud dari 2009 hingga 2014.
Roger yang juga bekas pegawai bank Goldman Sachs turut didapati bersalah oleh Mahkamah AS kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada 1MDB.
Keputusan oleh juri di negara berkenaan diumumkan oleh mahkamah di Brooklyn.
Topic Berkaitan
#Rohana Rozhan
#1MDB
#SPRM
#Tim Leissner
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan