awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rokok daun punca wanita terbakar atas katil

Sinar Harian
Sinar Harian
06/08/2024
09:37 MYT
Rokok daun punca wanita terbakar atas katil
Seorang wanita warga emas ditemui maut hampir rentung dalam kebakaran di sebuah apartmen di Taman Paramount, di sini, pada Isnin.
PETALING JAYA: Rokok daun disyaki punca seorang wanita warga emas ditemui maut hampir rentung di atas katil dalam kebakaran di sebuah apartmen di Taman Paramount, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, hasil siasatan pihak forensik bomba mendapati punca kebakaran disyaki daripada rokok daun dan didapati banyak puntung rokok di sekeliling katil mangsa.
"Kita telah menerima panggilan orang awam memaklumkan kejadian kebakaran di apartmen itu pada jam 6.45 petang.
"Pihak polis bersama sebuah jentera pasukan bomba, unit anjing pengesan (K9) bomba dan sebuah ambulan dari Hospital Sungai Buloh ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Shahrulnizam berkata, semasa di lokasi kejadian pihak bomba mendapati kebakaran berlaku hanya di bilik mangsa iaitu di bilik kedua bersebelahan dengan ruang dapur.
"Mangsa seorang wanita warga tempatan berusia 62 tahun tinggal bersendirian didapati dalam keadaan terbakar," katanya.
Beliau berkata, menurut maklumat diperoleh, mangsa juga mengalami patah kaki sejak dua tahun lalu dan bergerak perlahan menggunakan sokongan bantuan tongkat empat kaki.
"Pihak ambulan dari Hospital Sungai Buloh bersama pegawai perubatan telah mengesahkan kematian mangsa," ujarnya.
Shahrulnizam berkata, hasil pemeriksaan tiada unsur jenayah dikesan dari siasatan awal dijalankan dan kes telah di klasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
"Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa, boleh menyalurkan maklumat dengan tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Safuan Alias di talian 011-10255125 atau 03-77222222 bagi membantu siasatan," katanya.
Pada Isnin, media melaporkan sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan, sebelum mendapati berlaku kebakaran di sebuah unit kediaman di tingkat satu apartmen lima tingkat berkenaan.
Kebakaran hanya berlaku pada katil dan tilam di dalam bilik itu dan tidak membabitkan struktur bangunan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wanita rentung
#rokok daun
#punca kebakaran
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan