DREBAR
Rolls Royce Dawn dilancarkan

Namun, penggunaan bumbung yang boleh dilipat akan memerlukan ruang tambahan di belakang (untuk menyimpan bumbung tersebut). Dan ini seterusnya akan menjadikan ruang bagi penumpang belakang lebih kecil. Bagi RR ini bukan satu pilihan, dan mereka di belakang dijanjikan keselesaan yang terbaik.
Sehingga 80% luaran model ini adalah penghasilan baharu yang mengambil kira evolusi penggayaan Rolls-Royce. Walaupun begitu, ia masih lagi membawa beberapa peraturan rekaan khas mereka – antaranya adalah nisbah 2:1 untuk tinggi tayar dan tinggi kereta, bonet yang panjang, ‘overhang’ hadapan yang pendek serta ‘overhang’ panjang di belakang.
Banyak usaha telah diberi kepada komponen bumbung fabrik Dawn ini, paling utama untuk memastikan bahawa ia mampu menyediakan sebuah kabin yang senyap apabila terpasang. Bumbung ini boleh dilipat dengan menekan butang, dan akan melengkapkan operasi tersebut di dalam masa 22 saat, walaupun ketika memandu tidak melebihi 50km/j.
Enjin
Rolls Royce Dawn baharu ini dikuasakan enjin turbo berkembar 6.6-liter V12. Ia mampu untuk memecut kereta ini ke kelajuan maksima 250km/j, dan 0-100km/j dalam masa 4.9 saat; sangat baik bagi sebuah kenderaan dengan berat 2,560kg. Ini adalah prestasi daripada output 563hp dan tork sebanyak 780Nm.
Kotak gear yang digunakan adalah jenis automatik 8-kelajuan.



Elektronik
Dawn ini juga dilengkapi ciri Satellite Aided Transmission yang menggunakan maklumat terus daripada GPS untuk memastikan kereta bersedia menghadapi jalan yang bakal ditempuh. Contohnya, sistem sudahpun memilih gear yang sesuai digunakan walaupun belum sampai ke lokasi tersebut. Dan apabila pemandu tidak menekan minyak sebelum selekoh, gear terendah akan dipilih bagi memastikan kuasa yang cukup sentiasa tersedia apabila keluar dari selekoh tersebut.
Teknologi ini mula diperkenalkan di dalam model Wraith pada tahun 2013.
Harga bagi Rolls Royce Dawn ini belum diumumkan lagi.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami