awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rolls Royce, Lamborghini Aventador milik Datuk Seri dirampas

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2016
11:10 MYT
Rolls Royce, Lamborghini Aventador milik Datuk Seri dirampas
Polis menyita dua buah kereta mewah dengan nombor pendaftaran palsu bernilai RM3.4 juta di sebuah kondominium berhampiran pusat beli belah Bukit Bintang. -Bernama
Polis menyita dua buah kereta mewah dengan nombor pendaftaran palsu bernilai RM3.4 juta di sebuah kondominium berhampiran pusat beli belah Bukit Bintang.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kereta Rolls Royce bernilai RM1.6 juta berkenaan dipercayai milik seorang ahli perniagaan dari Kelantan yang bergelar Datuk Seri.
“Setelah pemeriksaan dijalankan didapati kereta ini tiada sebarang dokumen atau pun pendaftaran JPJ. Kami telah menyita kereta berkenaan dan kes disiasat di bawah Akta Kastam.
Menurutnya, sebuah lagi kereta mewah jenama Lamborghini Aventador turut disita semalam.
“Susulan siasatan, kita turut menyita sebuah kereta jenis Lamborghini yang juga didapati tidak mempunyai sebarang dokumen,” kata Amar Singh.
Tambahnya, polis turut menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang mengaku sebagai pemandu rolls royce berkenaan.
Pemilik kenderaan itu dipercayai berada di luar negara.
Siasatan dibuat mengikut Akta Kastam.
Topic Berkaitan
#Amar Singh Ishar Singh
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#Lamborghini Aventador
#Rolls Royce
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan