BEIJING: Parlimen Belia Malaysia akan dirombak sebagai langkah menambah baik program itu selepas ia dikembalikan kepada Parlimen Malaysia tahun depan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Beliau berkata penambahbaikan itu bagi menjadikan Parlimen Belia sebagai 'inkubator' dalam melahirkan generasi pemimpin berkualiti bukan sahaja di bidang politik dan pentadbiran malah pelbagai sektor seperti ekonomi, pertanian dan teknologi.
Johari berkata program itu, yang kini di bawah penyelarasan Kementerian Belia dan Sukan akan dikembalikan kepada Parlimen dan antara rombakan yang bakal dilakukan ialah menurunkan had umur keahlian kepada 16 tahun.
"Anak muda sudah jemu dengan politik murahan, dengan pengalaman pahit negara dalam tempoh lima tahun... sebab itu, kita membuka ruang untuk mengajak anak muda kembali berminat dan ambil langkah jadi pemimpin.
"Kita mahu membuka ruang seluas-luasnya kepada belia tempatan untuk dilatih menjadi pemimpin masa depan, baik sebagai wakil rakyat atau dalam pelbagai bidang," katanya dalam temu bual khas bersama Bernama sempena lawatan rasmi beliau ke Beijing, China.
Johari, yang mengetuai delegasi Parlimen Malaysia, menamatkan lawatan rasmi ke republik itu atas undangan rakan sejawatnya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 Zhao Leji, hari ini.
Semasa lawatan sejak 23 Sept itu, beliau mengadakan pertemuan dua hala bersama Zhao, Pengerusi Persidangan Konsultatif Politik Rakyat China (CPPCC) Wang Huning dan Presiden China Xi Jinping selain menghadiri majlis pembukaan Sukan Asia Hangzhou 2023 serta melawat beberapa syarikat besar di negara itu dalam bidang teknologi, tenaga boleh diperbaharui, pertanian dan kecerdasan buatan (AI).
Johari juga berkata Parlimen Malaysia, menerusi perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan, berhasrat mengembalikan program seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) yang dimansuhkan sebelum ini bagi menyemai semangat patriotisme dalam diri rakyat serta kemenjadian insan.
"Jawatankuasa pilihan khas itu melihat anak muda dahagakan pendedahan kepada politik serta penglibatan mereka dalam pembangunan negara dan sedang bergerak untuk meminta kerajaan mengembalikan program seperti PLKN untuk kita himpun dan menjadi platfrom anak muda berbincang soal masa depan negara," katanya.
Beliau berkata adalah penting untuk mempersiap generasi muda dengan sifat kepimpinan berkualiti agar negara bersedia dan mampu bergerak seiring dengan perubahan ekonomi yang semakin tertumpu di rantau ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Johari (tiga, kiri) mengakhiri lawatan rasmi ke Beijing, China, 27 Sept, selepas dibawa melawat dua syarikat besar berkaitan teknologi dan pertanian di Republik itu. --fotoBERNAMA
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Dukung semangat ASEAN untuk bina persekitaran daya saing positif - Johari
Hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Vietnam khususnya dalam perdagangan penting sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan kerjasama serantau.
Malaysia sebagai Presiden AIPA utamakan ketersambungan dan keterangkuman ASEAN - Johari
Johari dalam ucapannya turut mengulangi dedikasi Malaysia terhadap perpaduan serantau dan diplomasi parlimen.
Johari luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke AIPA Laos
Yang Dipertua Dewan Rakyat luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke mesyuarat Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-45.
Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.
Parlimen: 'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan
Keputusan ini dibuat kerana bilangan ahli penyokong kerajaan (93) lebih ramai berbanding ahli pembangkang (75), dan tiada peraturan yang menetapkan susunan pertanyaan bagi jawab lisan.
Belanjawan 2025: Fokus bincang hal ehwal rakyat, bukan berpolitik - Johari
Beliau menyeru Ahli Parlimen meninggalkan sentimen politik di luar dewan agar persidangan berjalan lancar pada pembentangan Belanjawan 2025.
Pahang mempunyai potensi lahirkan pemimpin berkaliber
Ia bersandarkan kepada pelbagai insentif dan dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri Pahang termasuk program Akademi Menara Gading.
Tiada masalah jika Bersatu cabar keputusan yang Dipertua Dewan Rakyat di mahkamah - Johari
Johari tidak menolak kemungkinan Bersatu mencabar keputusannya tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen dengan membawa perkara itu ke mahkamah.