BENTONG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberikan ruang untuk membuat sebarang keputusan berhubung rombakan Kabinet, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata keputusan sedemikian adalah hak mutlak Perdana Menteri.
"Perdana Menteri akan susun dia punya pasukan, macam main bola. Dia tidak boleh main sorang-sorang.
"Dia ada pasukan yang masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri yang perlu mengambil masa untuk menyesuaikan.
"Tidak boleh mana-mana pihak memberi tekanan sebab kita kena ambil kira Kerajaan Perpaduan ini baru 10 bulan," kata beliau selepas menyantuni masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Sungai Gapoi di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal bakal digugurkan dan dakwaan rombakan berkenaan hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Johari Abdul Ghani ketika bertemu pengamal media selepas menziarahi masyarakat orang asli sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Pelangai di Kampung Sungai Gapoi hari ini. --fotoBERNAMA

Lebih 100,000 permohonan masuk institusi TVET direkodkan sejak April - Ahmad Zahid
Jumlah itu dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 150,000 permohonan menjelang akhir Jun ini

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.
Trump minta Fed potong kadar faedah segera, bukan kemudian
Rizab Persekutuan AS (Fed) diseru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar segera menurunkan kadar faedah sambil mengkritik pengerusinya, Jerome Powell, yang menurutnya sering bertindak lambat dan mungkin mensia-siakan peluang sekali lagi.
Ibu kebumi anak lelaki terkena serangan udara di Khan Younis
Seorang wanita mengebumikan anak lelakinya pada Ahad setelah terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di al-Mawasi, Khan Younis, Gaza, malam tadi.