KOTA TINGGI: Panggilan video seorang isteri berjaya menyelamatkan suami dan rakannya yang diserang dalam kejadian rompakan di sebuah pelantar minyak di perairan Tanjung Langsat pada Selasa.
Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) selaku Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, sewaktu panggilan video itu, isteri kru pelantar minyak berusia 24 tahun itu melihat telefon bimbit suaminya dirampas salah seorang perompak.
"Isteri kru pelantar terbabit berada di Johor Bahru dan membuat panggilan video dengan suaminya. Panggilan video itu dibuat dipercayai sekitar jam 10 malam.
"Sewaktu panggilan dibuat, isteri kru pelantar menyaksikan telefon bimbit suaminya dirampas dan paparan skrin telefon berkenaan bertukar gelap.
"Wanita terbabit bertindak pantas dengan melaporkan kejadian tersebut kepada MERS999," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili di sini pada Rabu.
Menurut Saiful Lizan, Maritim Malaysia kemudiannya menghubungi Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) untuk mengesan kedudukan pelantar yang dilaporkan oleh isteri mangsa.
"Kebetulan isteri kru pelantar itu tahu lokasi suaminya, dengan menyebut pelantar Aurora Produser 1. Anggota kemudiannya menghubungi LPJ untuk mengesan kedudukan pelantar itu.
"Kami mengarahkan bot peronda yang sedang dalam Ops Pagar Laut untuk membuat tinjauan di pelantar dan memang benar terdapat empat suspek sedang menarik kabel logam ke dalam bot di bawah pelantar terbabit," katanya.
Beliau memaklumkan, mangsa lagi trauma, namun telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah Seri Alam, Pasir Gudang.
"Kedua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan diuruskan oleh ejen perkapalan mereka untuk rawatan,"ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 26 2023
Pelantar minyak di perairan Tanjung Langsat yang dirompak empat lelaki warga tempatan. -Foto Sinar Harian
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kadar jenayah di perairan negara tunjuk trend penurunan - Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan kadar jenayah di kawasan perairan negara menunjukkan trend penurunan yang memberangsangkan.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.
Maritim Malaysia guna sistem C4ISR tahun depan
Maritim Malaysia bakal menggunakan sistem C4ISR atau pusat perintah, kawalan, komunikasi, komputer, perisikan, pengawasan dan peninjauan bermula tahun depan.
Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram
Sebuah kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berlabuh di Kuala Baram, Miri di Sarawak terbakar lewat malam tadi.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis Terengganu siap siaga hadapi banjir
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu siap siaga dalam pelbagai aspek termasuk keanggotaan dan aset, bagi menghadapi banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) yang akan melanda negara kali ini.
Maritim Malaysia Perak tahan bot nelayan tempatan, tiga nelayan warga asing
Bot berkenaan dikesan sepasukan bot ronda Maritim Malaysia, ketika nelayan terbabit sedang melakukan aktiviti perikanan.
Maritim Malaysia Perak tahan bot nelayan tempatan, dua nelayan warga asing
Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana melakukan pelbagai kesalahan, bersama dua nelayan warga asing, di kedudukan 1.2 batu nautika barat laut Pulau Talang.
Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.
Komuniti Maritim dinasihat tingkat keselamatan di laut, waspada cuaca tidak menentu
Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar meningkatkan aspek keselamatan ketika di laut serta berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.