awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan pandang serius lirik lagu tidak senonoh, bercanggah nilai akhlak dan adab
Zakat MAINPP hampir capai sasaran kutipan zakat RM200 juta pada 2025
Ops Ambang Tahun Baharu: Polis keluarkan 12,437 saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RON95, RON97 naik 3 sen, diesel meningkat 5 sen

Isabelle Leong
Isabelle Leong
04/12/2020
09:31 MYT
RON95, RON97 naik 3 sen, diesel meningkat 5 sen
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR:Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen manakala diesel pula naik 5 sen berkuat kuasa 5 hingga 11 Disember ini.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.67 seliter dinaikkan kepada RM1.70 seliter sepanjang tempoh berkenaan.
Sementara harga runcit bagi RON97 dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.97 seliter sebelum ini.
Kementerian itu juga mengumumkan peningkatan harga runcit diesel iaitu daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90 seliter.
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu lagi.
Topic Berkaitan
#diesel
#RON95
#RON97
#Kementerian Kewangan
#harga minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan