awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RON97 turun tiga sen, RON95 dan diesel kekal

Bernama
Bernama
10/01/2020
09:44 MYT
RON97 turun tiga sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak tiga sen kepada RM2.62 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter.
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak tiga sen kepada RM2.62 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 17 Jan ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.32 dan RM2.46 seliter.
"Ini menunjukkan penurunan daripada minggu lepas bagi harga runcit petrol RON95 yang berada di paras RM2.35 seliter, manakala kenaikan bagi diesel yang berada pada paras RM2.43 seliter.
"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol (PSP)," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 11 Jan sehingga 17 Jan berjumlah RM122.85 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Automatic Pricing Mechanism
#diesel
#harga minyak
#harga runcit petrol
#Kementerian Kewangan
#Program Subsidi Petrol
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan